Sandwich Tuna & Telur


Sandwich Tuna & Telur - Egg & Tuna Sandwich


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Genap sudah 2 minggu kami sekeluarga menetap di teratak baru yang jauh nun tinggi ala-ala mencapai awan. Kengkonon dapat lah capai awan tapi dalam mimpi je sebab mendaki cuma sampai ke tingkat 3 je 😆. Tapi kalau lutut tak kuat, memang berbunyi lah jawabnya. 

Sepatutnya awal bulan 4 lagi dah berhajat nak start tido umah baru tapi apakan daya. Kita merancang tetapi perancang yang Maha Esa lagi terbaik. Setakat ni hanya barang-barang yang muat di angkut oleh en kereta je sudah siap di transfer. Barang-barang sebesar gajah belum lagi di angkut dan en lori pon belum di cari lagi.


Mudah-mudahan segala urusan pemindahan selesai sebelum Ramadhan Al-Mubarak tiba. Alang-alang menanti bulan mulia dan sambil pindah rumah, kita deko dan buat persiapan awal serentak. Menyelam sambil minum air orang tua-tua kata. Cuma kuih muih je lah tak rancang lagi bila nak start engin sebab kebizian yang melanda sekarang ni.

Ditambah pula, demam PRU ke 14 yang bakal berlangsung lagi beberapa hari je lagi. Mana nak kemas rumah, angkut barang dan prepare untuk balik ke kampung sebab en husben akan membuang undi di kampung halaman. Panjang lebar kan mukadimah untuk post kali ni 😅. Maklumlah, tetiba je teringat-ingat dekat blog kesayaman ni walaupun baru je tak sampai setahun jagung lagi. 





Bagi penggemar sandwish macam saya, boleh lah cuba resepi ni. Resepi ni dah 2 kali saya cuba dan memang terbaik buat anak tekak ni. Lagi sedap kalau kita sejukkan sekejap bagi membolehkan rasa sapuan tadi sebati dan mesra. Kalau nak dibuat bekal memang terbaik lah. Jimat duit dari kita membeli di kedai di luar sana. Inti pon kita boleh sumbat sebanyak-banyaknya.

Resepi sandwish telah dipost di SiNi. Tapi kita rajin nak postkan di sini juga. Kalau jumpa resepi sesedap ini, InsyaAllah kita akan cuba dan postkan disini. Resepi sebelum ini kita menggunakan roti gandum penuh, kali ini kita gunakan roti sandwish putih yang biasa sahaja. Sama sedap dan lazat nya 😍.



Resepi di ilham dari Blogger semaniskasturi.blogspot.com

Bahan-bahan:

- 8 keping roti sandwich (wholemeal/putih @ ikut citarasa sendiri)
- Beberapa biji tomato ceri - dipotong dua
- Daun salad secukupnya
- Timun jika suka, dihiris nipis (tak letak)
- Chicken slice kalau suka (tak letak)
- Butter untuk sapuan atas roti
- Sliced cheese secukupnya

Bahan (sapuan tuna & telur)
- 1 tin tuna dalam tin (tuna dalam air dan tin sedang)
- 3-4 sudu besar mayonis
- 3 biji telur rebus - lenyek jangan terlalu hancur *
- Secubit serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh susu manis (gantikan dengan madu)
- 2 sudu teh jus limau nipis (tak letak)
- 1 sudu teh - kalau tak ada boleh ganti lemon atau limau kasturi
- Sedikit cili banggala merah dah hijau - potong dadu kecil (tak letak)
- Sedikit bawang besar - potong dadu
- 2 sdt creme fraice - boleh skip kalau tak ada (gantikan sos salad)

Cara-cara:

1. Satukan rata bahan A kecuali telur. Bila dan sebati masukan telur dan sebatikan lagi.

2. Simpan dalam tipuwer dan sejukan semalaman atau setengah hari terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang sedap.

3. Sediakan roti yang sudah di buang tepinya dan sapu butter.

4. Kemudian letak pula tuna diikuti slice cheese, daun salad, tomato, sliced cheese dan letak sedikit tuna dan roti lagi.

5. Apabila semua sandwich sudah disiap, bolehlah sejukkan ia di dalam peti ais. Sejukkan selama 20 minit untuk set dan supaya sandwish cantik bila di potong.(kalau tak nak di sejukan pun boleh terus saja di potong). Siap.



#sandwishtunatelur
#percubaaankedua

Ulasan

Catatan Popular