Kuew Teow Goreng Chinese Style
Kuew Teow Goreng Chinese Style
Assalamualaikum. Selamat petang Ahad 🌹. Hari ini kita dikejutkan dengan berita yang paling menyedihkan iaitu kakak ipar tersayang telah kembali ke rahmatullah. Perginya seorang kakak yang sangat baik yang hampir sebaya dengan umur emak tersayang di kampung. Walaupun sebelum ini ayah mertua banyak kali kemalangan motor pada tahun lepas, tetapi untuk tahun ini arwah kakak ipar pula yang di landa kemalangan kes langgar lari dan dijemput oleh Maha Pencipta pada pagi tadi setelah koma selama sehari.
Kami yang berada jauh diperantauan mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aaminn. Memandangkan en. husben ingin bergegas pulang ke kampung, maka dapur akan ditutup buat sementara waktu dan post ini pun adalah post pada minggu yang lepas-lepas. Semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Al-Fatihah.
Rancangan asal apabila terlihat kuew tiow, kita ingatkan untuk membuat kuew tiow goreng seperti menu pertama di dalam blog ini. Semasa kita bizi mencari resepi menarik di pakcik gugel, kita terlihat resepi kuew tiow goreng chinese style. Nampak sangat menarik dan bahan-bahan yang digunakan pun tidak terlalu banyak dan semestinya bahan-bahan untuk membuatnya sudah tersedia di dalam peti ais. Tanpa membuang masa, kita pun mencuba resepi yang sangat sedap ini dan wallah....memang terbukti sedap dan disebabkan perut kita meronta-ronta mints diisi, makanya hanya kenangan sahaja yang mampu kita kongsikan.
Jika sesiapa ada sebarang alahan dengan makanan laut, daging ayam atau daging lembu sesuai juga digunakan sebagai ganti pada protien dalam kiew tiow goreng ini. Cuma bagi kita, kalau dipelbagaikan makanan laut seperti dicampur udang, sotong dan kerang mesti kuew tiow goreng ini akan bertambah sedap sebab sebelum ini kita pernah gunakan sotong dan udang, terbukti lagi sedap jika hanya menggunakan udang sahaja. Terpulang pada selera masing-masing dan resepi ini memang wajib di simpan untuk rujukan akan datang.
Berbalik pada cerita sedih buat kami sekeluarga, insyaAllah hanya en.husben akan balik ke kampung. Zara terpaksa bercuti sekolah sebab tiada kenderaan untuk ibu menghantarnya ke sekolah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan selamat dengan hendakNya. Aaminn.
Kadang-kadang kita terlupa dengan alam dunia sehinggakan sebenarnya yang paling buat kita ialah bekalan untuk alam akhirat. Jika bekalan akhirat kita sikit atau lebih malang lagi muflis (nauzubillahiminzalik), maka kita akan menjadi orang yang rugi nanti di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita semua berlumba-lumba membuat kebaikan dan meninggalkan segala yang dilarang olehNya.
Dah pukul 12.30 pagi, hujan selebat-lebatnya turun membasahi bumi di sebelah utara ini. Lama dah tak hujan sebenarnya dan kita ingatkan siang tadi akan hujan sebab kerap juga bunyi guruh dan mendung tapi hujan tak turun pula. Rupanya hujan turun disebelah malam dan semestinya udara akan sejuk sesejuknya malam ni. Si anak kecil ibu ni pula matanya segar bugar lagi pada waktu ini. Siap keluarkan mainan lagi si tengah malam dingin ni. Mata ibu dah macam nak kene guna tongkat ni nak, lenguh menahan mata sebab melayan si anak yang dah puas tidur petang tadi. Sabar je la nak...
Resepi di inspirasi dari blog semaniskasturi
Bahan-bahan:-
- 1 bungkus kuew tiow basah
- 3 biji telur di pukul dan di buat scramble egg erlebih dahulu
- 7 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cawan udang dan sotong
- 2 sudu besar sos tiram *
- 1 sudu besar kicap cair *
- 2 sudu besar kicap manis *
- 1 sudu besar kicap pekat *
- 2 sudu besar petis udang *
- 1 sudu besar sos cili *
- 2 sudu besar cili kisar *
* campur semua sos dan gaul rata
- 1/2 cawan taugeh
- sedikit daun bawang/kucai
Cara-cara:-
1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masukkan bawang putih cincang dan goreng terbit bau. Goreng sehingga sedikit garing tetapi tidak hangus.
2. Masukkan pula udang dan sotong. Kuatkan api dan kacau sehingga udang separuh masak.
3. Letakkan kuew tiow dan goreng sehingga semua kuew tiow disaluti minyak. Masukkan telur yang sudah dimasak tadi.
4. Kecilkan api dan masukkan semua sos tadi dan gaul hingga rata. Apabila sudah rata, kuatkan api dan goreng hingga kuew tiow kering dan jangan goreng terlalu lama kerana kuew tiow akan hancur.
5. Tutup api dan masukkan taugeh dan daunbawang. Gaul hingga sebati dan siap.
Ulasan
Catat Ulasan