Moroccan Yogurt Marble Cake (Meskouta)

Moroccan Yogurt Marble Cake (Meskouta)


Assalamualaikum. Selamat petang 🌴. Hari ini baru ada kesempatan untuk kita kongsikan resepi kek yang sedap, gebu dan paling penting ini adalah kek bundt pertama kita untuk tahun 2019. Pejam celik pejam celik kita sudah hampir sebulan kita berada di dalam tahun baru. Dah nak penghujung di bulan Januari kita baru nak memulakan langkah pertama di blog kesayangan kita ni. Jadilah...dari terperam bersawang tak post apa-apa macam tahun lepas 😁 . 
Kiranya ini adalah salah satu azam tahun baru 2019 kita untuk kongsikan bebanyak resepi yang sedap, mudah dan semestinya kita dah cuba dahulu baru kita kongsi dengan semua. Takdelah nanti kita nak kongsikan resepi yang belum tentu sedap di tekak dan tak cantik di mata kan? Zaman sekarang ni kita boleh dapati ada pelbagai jenis resepi di dalam pakcik gugel, muka buku atau di insta.Tapi, belum tentu sedap rasanya dan menjadi kalau kita buat kalau tak kene pada teknik dan kaedahnya. Disebabkan kita pun tak join mana-mana kelas masakan atau pjj, makanya banyak kali jugak lah eksperimen di lakukan dalam dapo secoet kita ni. Sama juga dengan resepi kek bundt marble ni.
Patutnya rupe kek bundt ni tak cantik camni. Kali pertama kita buat kek bundt ni pada waktu malam lebih kurang lepas maghrib. Kita dah buat dengan kasih sayang yang melimpah-ruah lagi tue. Nak jadikan cerita, tetiba en husben ajak pegi kfc memalam supaya budak-budak dapat main playground dalam tu. Mak pak nye dok menambah berat badan makan kfc memalam bute. Jadi, kita pun tinggalkan lah kek yang sedang dibakar dalam oven setelah separuh masa di habiskan bersauna dalam tu. 
Kita fikir mesti kek naik cantik keperangan di bahagian atasnya. Berangan punya pasal, balik-balik ke dari kfc lepas kekenyangan, kita pun keluarkan lah kek bundt yang dah hampir sejuk tadi. Kuciwa tak terkata ye sebab kek tu paras separuh je dari acuan bundt. Tak naik langsung walaupun seinci. Dalam hati dah berkata, bantatlah kek kita kali ni. Haiyo, memang betul bantat. Seketul berat cam batu tergolek-golek meluncur dalam pinggan. Husnuzon lagi sebab tak dipotong lagi kek keras tadi. Dah potong, cantik solid warna marblenya dan padat sepadatnya texture keknya. Kalau sesiapa yang makan kek tu, kompom boleh tertanggal gigi dek kerana keras padatnya.
Moral of the story, janganlah SESEKALI tinggalkan kek yang sedang dibakar di dalam oven dan dibiarkan sejuk di dalam oven jika tiada arahan yang membolehkan kita sejukkan kek lepas timer berhenti. Paling PENTING, ikut arahan pada resepi betul-betul supaya kek dapat naik gebu dan masak sekata di dalam oven. Tak lupa juga kita kene faham perangai oven kita sendiri sebab oven kita berbeza-beza bergantung pada jenis, kapasiti dan uzur tak uzur oven kita tu. Kalau kita derhaka tips kat atas ni, alamatnya bantat tak pun merudum lah kek-kek berjemaah dalam oven tu.
Menu pertama untuk 2019 datangnya dari negara Morocco. Kita gugel resepi untuk kek yogurt dan wallah terjumpa pula resepi yang ohsem ni. Resepi asal takde pun buat corak marble. Memandangkan kita dah terbeli perisa red velvet, jadi apa salahnya kan nak ubah sikit corak dan rasa kek dari Morocco ni. Nasib baik sedap tau 😁. Kalau tak, memang salah sendirilah derhaka sangat resepi yang orang dah share. Kalau tak pakai acuan bundt pun jadi jugak sebab kek ni jenis butter cake. Yogurt bahan wajib yang sememangnya akan menggebukan kek dengan jayanya. Paling best, kek ni tak pakai langsung mentega. Jadi ada penjimatan membeli mentega bermutu di situ. 
Kek Moroccan Yogurt Marble ni sesuai dijadikan hidangan pada waktu breakfast atau dihidang pada waktu minum petang. Sukatan gula sudah dikurangkan, jadi kek ni tidak terlalu manis dan muak jika makan berkali-kali. Kek akan bertambah moist jika dibiarkan semalaman di luar peti ais. Paling best jika kek dipadankan bersama kopi panas ataupun teh tarik kurang manis kaw. Jika tidak mahukan marble style, abaikan penggunaan perisa red velvet. Jangan lupa gunakan esen vanila atau perisa vanila berkualiti jika mahukan kek yang harum dan sedap rasanya.
Resepi dari www.thespruceeats.com

Bahan-bahan:-

-3 biji telur gred A
-1/2 cawan plain yogurt @ greek yogurt (anggaran 110gram)
-1/2 cawan minyak sayuran (pakai canola oil)
-1/2 cawan gula kastor (resepi asal 1 cawan)
-1 1/2 cawan tepung gandum *
-4 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh garam
-2 sudu teh esen vanila @ creamy vanila

Cara-cara:-

1. Panaskan oven suhu 180℃ selama 10 minit. Griskan acuan bundt dengan marjerin atau butter dan taburkan tepung gandum. Sapuan butter mestilah betul-betul digris sepenuhnya supaya kek tidak melekat dan mudah untuk dikeluarkan nanti.

2. (Optional) asingkan putih dan kuning telur di dalam mangkuk yang berasingan. Dalam mangkuk yang berisi putih telur, putar telur dengan menggunakan mixer atau hand mixer macam kita hingga putih telur tersebut menjadi stiff peak (bertanduk). Ketepikan. Pastikan mangkuk dan whisk bersih dari sebarang minyak, air dan habuk.

3. Satukan yogurt, minyak sayuran, gula kastor dan kuning telur (atau telur sepenuhnya jika anda tidak asingkan pada step ke 2) di dalam satu mangkuk. Putar semua bahan hingga sebati menggunakan whisk atau mixer.

4. Masukkan esen vanila dan kacau rata.

5. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Kacau adunan hingga sebati dan smooth.

6. (Optional) kaup balik putih telur yang telah diputar tadi ke dalam adunan kek. Gaul adunan berhati-hati supaya tidak terlebih kacau dan hilang buih-buih putih telur tadi.

7. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45minit atau hingga kek masak sepenuhnya.

8. Biarkan kek sejuk sebentar di dalam acuan bundt selama 5 hingga 10 minit sebelum di sejukkan sepenuhnya di atas redai. Boleh juga dihidangkan kek secara suam dan kek akan bertambah rasanya dari masa ke semasa. Simpan dalam bekas airtight jika ada lebihan kek.

Ulasan

Catatan Popular