Basque Burnt Cheesecake

Basque Burnt Cheesecake 


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Salam Awal Muharram dan welcome September 2019. Kali ni kita nak share satu menu yang rare atau viral satu ketika dulu iaitu Basque Burnt Cheesecake. Kalau zaman dolu-dolu, cheesecake yang pernah kita makan adalah cheesecake dari Secret***** je. Kompem sedaplah kan. Dari harga sepotong kek berharga RM6.++ hinggalah RM11.++ dah sekarang ni.


Jenis-jenis cheesecake yang kita pernah rasa adalah non-bake cheesecake, japanese cheesecake dan new york cheesecake. Kali ini, kita rasa kek yang resepinya dari obersea San Sebastian iaitu kek cheese rentung atau Basque Burnt Cheesecake Walaupun rupamu rentung, hangus kehitaman tetapi rasamu mengalahkan kesedapan cheesecake yang lain ❤. Lemak berkrim dan texture keknya yang halus mulus membuatkan sipemakan terutama sekali sipembuatnya makan bertambah - tambah dari sepotong ke setengah biji kek. Paling sedap cheesecake ini dimakan sewaktu sejuk. Disulam pula dengan kopi O hitam pekat likat. Memang umpph 👍. 


Resepi Basque Burnt Cheesecake ni lama kita peram kerana bukannya takde kekuatan tapi kita ambil masa sedikit bagi mengumpul bahan-bahan untuk membuat cheesecake ni. Walaupun jumlah bahan-bahan untuk membuatnya agak sedikit tapi harganya boleh tahan jugak bagi rakyat marhean macam kami ni. Kita buat cheesecake ni hanya menggunakan setengah dari jumlah krim cheese yang sepatutnya digunakan dalam resepi asal. Resepi asal perlu menggunakan 1 kilo Philadelphia krim cheese tau 😲 dan ada penambahan krim masakan (Dairy Whipping Cream) yang kalau nak sedap perlulah dari jenama macam Emborg ke atau Anchor.  


Cheesecake ni memang tak muak kalau makan banyak pun. Kita lebih suka padankan cheesecake ni dengan buah-buahan masam macam strawberi kerana ia menambahkan kesedapan kek ini lagi. Kalau beli kek diluar, rasa kek kadangkala memang tahap kemanisan boleh potong kaki. Tapi bila kita buat kek homemade, kita bolehlah adjust tahap kemanisannya dan resepi yang kita buat ni manisnya sedang elok. Wajib repeat menu ni next time dan insyaAllah bolehlah kita gunakan creamcheese Philadelphia pula berbanding sebelum ni kita guna Tatura.


Pause kejap cerita cheesecake dan kita cerita tentang bulan tahun baru Islam iaitu Muharram. Pada 10 Muharram kita digalakkan berpuasa sunat hari Asyura dan bagi membezakan puasa umat Islam dan orang agama lain, kita digalakkan berpuasa pada 9 Muharram. Memandangkan pada 9 Muharram hari Isnin, hari cuti sempena Pertabalan Agong maka tak dapatlah berpuasa hari tu sebab cik ngah nak blanje kfc dan nak jalan-jalan di Nilai 3. Maka, kita berpuasa pada 10 Muharram dan 11 Muharram.
 Apabila dah mula berpuasa, bolehlah kita cuba menu Basque Burnt Cheesecake sebagai pemanis mulut sewaktu berbuka puasa. Takdelah rasa bersalah sangat dietku sebab sambil beribadah sambil tu perut kita dapat berehat. Selamat berpuasa bagi yang meneruskan ibadah puasa sunat hari ni. Semoga segala amalan kita diterima olehNya. Aaminn. 


Resepi dari goodfood.com.au

Senarai Bahan Wajib Ada:-
  • Telur Gred A
  • Krim Keju @ Cream Cheese
  • Gula Kastor
  • Tepung Gandum
  • UHT Whipping Cream
  • Esen Vanila


  • Rasa keju yang penuh berkrim dan teksturnya yang lembut serta halus sangat enak digandingkan bersama teh o panas @ kopi o panas di waktu petang.
    Aroma keju yang terbakar di bahagian atas kek menambahkan lagi kelazatan tekstur kek keju ini.
    p/s : Basque Burned CheeseCake ni paling sedap dimakan selepas disejukkan seketika di dalam peti ais.


    Bahan-bahan :-
    - 7 biji telur (guna 4 biji telur gred A)
    - 1 kg cream cheese Philadelphia  (500 gram cream cheese Tatura)
    - 400 gram gula kastor (200 gram gula kastor)
    - 1 sudu besar tepung gandum (1/2 sudu besar tepung gandum)
    - 500 ml UHT Whipping Cream  (250 ml UHT Whipping Cream)
    - * tambah 1 sudu teh esen vanila 

    ** saya guna sukatan separuh daripada resepi asal **

    Cara-cara:-

    1. Panaskan oven suhu 200°C.
    2. Griskan dengan mentega loyang bersaiz 25cm (1kg cream cheese) atau 6 inci (500gram cream cheese).
    3. Alaskan loyang dengan baking paper dibahagian bawah dan tepi loyang. Lebihkan 2-3 cm ketinggian baking paper melebihi tinggi loyang.
    4. Griskan juga baking paper dengan mentega di seluruh bahagian loyang.
    5. Putar krim cheese menggunakan mixer atau whisk hingga krim cheese menjadi lembut.
    6. Campurkan telur dan esen vanila yang telah dipukul sederhana ke dalam adunan krim cheese.
    7. Masukkan gula, tepung gandum dan kacau hingga sebati. 
    8. Akhir sekali masukkan krim putar dan kacau lagi.
    9. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50 minit. Kita gunakan rak dibahagian bawah sedikit untuk mengelakkan bahagian atas terlampau hangus.(rak ada 4 bahagian).
    10. Sejukkan dahulu kek diluar sebelum baking paper ditanggalkan dan kemudian bolehlah disejukkan di dalam peti ais jika mahu. Siap 

    Ulasan

    Catatan Popular