Mihun Goreng Siam


Mihun Goreng Siam


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Lama menghilang tetiba muncul kembali. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Sejak balik dari kampung kira sebulan setengah yang lalu, kita takde dah meng'update' apa-apa dalam blog ini disebabkan kerja rumah yang menimbun-nimbun tingginya.

Syukur, akhirnya kami officially berjaya memindahkan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Dapat dah merasa tidur beralaskan tilam dan duduk selesa di meja makan. Barang di rumah lama pun hanya tinggal sikit je lagi lebih kurang 5%. Kawasan di sana pun dah semakin uzur. Sayang memang sayang tapi yelah kan, takkan nak duduk di kawasan tak ada orang langsung. Seram juga bila duduk sensorang bila husben banyak kerja.


Tarikh 10 Disember yang lalu genap sudah umur perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Macam-macam dugaan dan cabaran yang melanda. Alhamdulillah, semoga Allah kekalkan hubungan perkahwinan kami ke Jannah dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Amin.

Menjelang je bulan Disember ni, memang ramai sekali menyambut ulangtahun perkahwinan masing-masing. Yelah, Disember sinonim dengan cuti sekolah dan musim orang bercuti panjang. Tak terkecuali kami sekeluarga 😊.


Sebelum terlupa, pada 9 hb yang lalu adik kesayangan telah genap usianya melebihi 3 series plus. Kita nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke dot dot pada little bro yang jauh nun di Palmerston NZ. Semoga dimurahkan rezeki dan di permudahkan segala urusanmu terutama phd. Amin.

Tinggal beberapa hari je lagi anak kesayangan pula akan tiba birthdaynya yang ke 5. Ibunya memang akan over excited bila tibe birthday anak 😆. Anniversary pun tak sempat buat kek, hanya makan-makan je. Tapi, untuk anakanda tersayang ni, seribu satu plan dah dirancang. Mudah-mudahan plan ibu ni berjalan lancar dan di rahmati oleh-Nya. Amin.


Masa hari wedding anniversary yang lalu, kita sekeluarga dah berkunjung ke kedai ikan. Setelah lebih dari 7 tahun berkahwin, tak campur lagi masa zaman membujang, baru kali ni kita jejakkan kaki ke kedai jual ikan. Bukan jual ikan tok digoreng atau digulaikan tapi untuk di jadikan hiasan kat meja sambil-sambil nak bawak anak-anak kenal ikan yang masih hidup. Selalu tengok dalam buku tak pun gambar je. Kali ni kita bawak pergi tengok yang 'real' punya. Excited budak-budak ni jangan cerita la. Kebetulan kedai ikan tu ada jual ikan laga. 

Ibu pun memang berhajat nak membela ikan laga je. Senang sebab penjagaannya yang mudah dan tak memerlukan tangki oksigen atau bekas yang besar. Comel sangat ikan laga tu. Kami beli 2 ekor je, satu warna merah dan satu lagi berwarna biru. Start dari dalam kereta sampailah di alihkan ke balang kaca, memang terasa berseri rumah terutamanya meja berhampiran dengan meja makan. Kami gunakan balang yang sama untuk tanam pokok spider dan alor vera. Kira 2 dalam 1, pokok hidup subur kerana hasil dari ikan, dan ikan dapat oksigen dari pokok.

Update: Ikan laga kami dah pergi tinggalkan kami. Tak tahu mana silapnya. Sedihnya....sob sob sob 😭.


Resepi dari Buku Masakan Ruzita's Kitchen 500 Juadah Pilihan Keluarga

Bahan-bahan:-

- 1/2 paket bihun jenama jasmine (rendam dalam air paip hingga lembut)
- 1/2 biji lobak merah disagat kasar
- 3 ulas bawang putih dicincang halus
- 5 ulas bawang merah dihiris halus
- 1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam kasar (halus pun boleh)
- 1 sudu teh serbuk lada putih halus
- sedikit garam
- 1/2 kiub pati ayam knorr
- minyak secukupnya

Cara-cara:-

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga bawang naik bau. (Kita soh tunggu cik bawang je tau, jangan membawang pulak 😆).

2. Masukkan isi ayam, garam, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau hingga semua perasa meresap dalam ayam. Letakkan sedikit air supaya ayam cepat masak. (Sukatan air lebih kurang manja2 je, jangan banjir pulak kuali tu dah ler.)

3. Biarkan sebentar, nak guna penutup kuali pun boleh masa ni. Masak hingga ayam empuk.

4. Kemudian taburkan lobak merah dan kacau rata.

5. Akhir sekali masukkan mihun yang dah lembut tadi dan kacau hingga semua rencah tadi sebati bersama mihun. Masa ni memang memerlukan kesabaran supaya tangan tak gatal mencincang mihun yang tak bersalah tadi. Gaul ala-ala kaup balik je hingga semua mesra. Kalau mihun tak cukup lembut, bleh tambah air sikit demi sedikit sambil2 mengacau mihun hingga mencapai kualiti dan prestasi yang diharapkan. Sekian.

Ulasan

Catatan Popular