Nasi Goreng Merah
Nasi Goreng Merah - Mum's Fried Rice
Nasi goreng merah ni di beri nama sebegini disebabkan mak kita rajin sangat masak nasi goreng style ini. Cepat, mudah dan sedap sangat. Kami adik beradik dah terbiasa sangat dengan nasi goreng ni sejak dari kecil lagi. Cumanya dah kahwin ni baru lah nak belajar macam mana nak membuatnya. Yelah, nak balik kampungkan jauh. Bila teringin nak makan nasi goreng macam ni, kenelah tahu memasaknya.
Rasanya ramai juga yang sudah biasa nasi goreng jenis macam ni cuma namanya sahaja yang lain. Kita belajar dari mak kita, kalau nak membuat cili blendar atau cili kisar tu, jangan dimasukkan belacan di dalamnya. Dulu zaman belajar pernah juga buat nasi goreng merah ni tapi time tu tak tahu tak perlukan belacan di dalam cili kisarnya. Bila dah berguru betul-betul, baru tau mak hanya letak bawang merah dan bawang putih sahaja di dalam cili kisarnya. Baru betul-betul menjadi rasa dan warna nasi gorengnya.
Bahan-bahan:-
- Nasi putih secukupnya
- 2 sudu besar cili blendar @ kisar ( untuk 2 orang makan, terpulang tahap kepedasan masing-masing )
- segenggam ikan bilis
- 2 biji telur ( saiz tak kisah )
- garam dan gula
- maggi cukup rasa ( optional )
Cara-cara:-
1. Mula-mula masukkan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi, tumiskan cili blendar hingga pecah minyak. Ketepikan cili dibahagian tepi kuali.
3. Pecahkan 2 biji telur ditepi cili kisar dan biarkan telur masak sekejap.
4. Apabila telur sudah dimasak, gaul telur bersama cili kisar.
5. Masukkan nasi dan gaul mesra. Letakkan garam, gula dan cukup rasa. Gaul hingga rata.
6. Taburkan ikan bilis goreng tadi dalam nasi goreng tadi. Gaul rata. Siap.
Resepi dari mak tersayang

#nasigorenglejen
#breakfastlunchdinner
Ulasan
Catat Ulasan