Tauhu Bergedil Ayam

Tauhu Bergedil Ayam

Assalamualaikum. Selamat petang 🌹.  Bersawang lagi blog kesayanganku ni. Sebenarnya menu Tauhu Bergedil Ayam ni dah lamaaaa sangat dah post di IG cuma nak post dekat blog je yang lambat. Mana tak lambatnya, nak mengedit gambo dari kabur ke terang je dah amik masa yang lama. Tak termasuk lagi nak menaip karangan picisan yang tak seberapa ni lagi..huhuhu..😅 Nak mula dah karangan panjang lebar. Skip je ler bagi yang nak tengok resepi kat hujung nun post ni 😊.
Memandangkan astruk dekat rumah ni lambat dibayar, makanya dapatlah kita menengok cite di tv2 aje. Lepas habis semalaman dengan melayan segala jenis berita dan cite zaman tok kaduk, tetibe ajelah tv ni saje nak bermanja-manja pula ceritanya. Lepas di 'off', tak mau pulak ter 'on' balik. Ahh..sudah..sudah berjangkit pulak dari astruk, ke tv dan sekarang ni hifi pulak. Haiyo..tak perlah. Mohon orang dalam rumah ni menikmati keindahan zaman dolu-dolu balik. Zaman tv nan hado lagi sambil bertemankan pelita minyak gas.😂. Nasib baik pelita zaman sekarang banyak dah pakai bateri. Kalau tak, mau jerebu pulak dalam rumah ni 😆.
Oklah..habis dah bebel pasal tv. Sambung pula dengan kes terbaru iaitu terlayan drama di utube la pulak. Disebabkan tv tak boleh tengok, makanya, kita tertengok drama di utube. Dah tertengok episod satu #asalkandiabahagia , makanya bersambung - sambung pula sampai ke episod 8. Ingatkan cite ni dah habis diupload, rupanya cite ni tak habis lagi dekat tv3 rupanya. Alkisahnya kita dah lama bebenor tak menengok drama pukul 7 dah sekarang ni. Cite tengah jalan pun tak tahu..😅. Dah tertengok drama Asalkan Dia Bahagia dari epi 1 sampai 8 ni, maunye tak tertunggu-tunggunya sampai habis episod. Mau tak lena tido bila dok teringat-ingat nasib si Dira tu..huhu..ost drama ni pun sedap didengar. Kire ngam la dengan jalan cite die. Ahh..sudah..jadi pengomen drama la pulak blog ni 😅.
Sambil-sambil melayan drama utube ni, sambil-sambil tu tangan boleh la mencapai sesuatu untuk dimakan. Pekena Tauhu Bergedil Ayam ni panas-panas sambil mencicah sos cili thai berapi...fuh..sepinggan licin tak sedar. Mau lari ke laut dietku. Kalau makan untuk dinner pon ok bagi yang tak mo makan nasi waktu malam. Tetap kenyang dan paling penting sedap teramat sangat. Kita suka gunakan isi ayam dari daging. Tapi, kalau sesiapa yang sukakan daging, boleh aje gantikan dengan daging cincang ataupun seafood macam isi udang. Yummy 👍.Menu wajib dicuba sebab kalau beli dekat luar, mau seketul seringgit. Kalau 5 ketul, dah 5 hinggit. Buat bergedil ni kosnya tak sampai 10 hinggit pon. Tapi sekuali tauhu bergedil dapatnya. Puas hati sangat-sangat. Jimat pon jimat.
Cara nak membuat Tauhu Bergedil Ayam ni ada macam-macam cara. Terpulang pada citarasa  individu. Sebab lain tekak lain seleranya. Ye idok. Kita suka masak semua bahan untuk intinya terlebih dahulu sebab kalau dah masak, bolehlah kita merasa kesedapan inti bergedil dahulu. Boleh ditambah garam kalau terkurang garamnya. Dah siap ejas inti bagi sedap, baru di cedokkan ke dalam tauhu keringnya. Tinggal gunting bentuk X dan sumbatkan intinya aja. Golek-golekkan dalam telur, terus di renangkan dalam lautan minyak panas. Menari-nari lah tauhu hingga kulitnya bertukar menjadi rangup. Tak payah lelama sebab intinya dah masak pun. Intinya kita siapkan malamnya, pagi-pagi tinggal sumbat dan gorengkan je. Wallah...dah siap breakfast sedap menjilat jari.
Tauhu Bergedil Ayam ni kalau nak dibekukan pun boleh. Dah siap isikan intinya, lepas tu terus je masukkan dalam peti ais. Nanti tinggal defrostkan kejap dan celupkan dalam telur je. Dah siap menu disaat kecemasan nanti. Tapi kat rumah ni tak sempat nak difrozenkan sebab kejap je habis. Ibunya la yang dok ulang alik menguyah Tauhu Bergedil ni. Kalau ada lebihan intinya, bulat-bulatkan je inti tu dan celup kejap dalam telur yang sudah dipukul dan terus diterjunkan ke dalam kuali panas. Dah jadi Tauhu Bergedil versi original.

Resepi dari FB Masak Apa Hari Ni

-1kg kentang - dihiris kasar dan digoreng sehingga masak atau empuk. 
-400 gram daging ayam - dicincang. 
-1/2 cawan bawang goreng
-1 biji bawang holland - dipotong dadu-
-1 pokok daun sup - dihiris 
-10 biji tauhu kering
-2 biji telur- dipukul hingga gebu. Perasakan dengan garam dan lada sulah.

Cara-cara

1. Tumbuk kentang goreng tadi hingga semuanya hancur dan lecek. Kalau ada food processor, bolehlah guna. Kalau tak, kita guna batu dan lesung je. Masukkan ke dalam mangkuk.

2. Kemudian, tumis bawang holland hingga layu dan masukkan daging ayam cincang dan goreng hingga ayam masak.

3. Tumbuk ayam yang sudah digoreng tadi dan masukkan ke mangkuk berisi kentang tadi.

4. Taburkan bawang goreng, daun sup, lada sulah dan garam ke dalam mangkuk yang sama.

5. Gaul hingga sebati.

6. Gunting tahu bentuk X. Keluarkan isi tauhu dan gaul bersama adunan kentang tadi.

7. Sumbat adunan kentang tadi dengan mengkepal-kepalkan supaya senang nak masukkan inti tadi. Buat hingga habis.

8. Celup dalam telur dan bolehlah di goreng di dalam minyak panas.

9. Goreng hingga tauhu sedikit garing atau terpulang pada citarasa sendiri sebab inti dah dimasak terlebih dahulu.

10. Tos kan minyak dan hidang bersama sos cili thai atau cili kicap. Siap.

Ulasan

Catatan Popular