Creme Brulee

Crème Brûlée 


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹.  Alhamdulillah, hari ni merupakan hari terakhir kita berpuasa ganti. Yahuu..baru nak merdeka. Orang lain dah ke bulan mintang dah. Kita baru nak enjoy lebih kurang dalam seminggu lebih je lagi sebelum bulan Syaaban melabuhkan tirainya. Lepas tu bermulalah episod muka baru untuk Ramadhan tahun 2019. Azam tahun ini nak buat lebih baik tahun yang sebelumnya dan semoga kita dipertemukan dengan Lailatulqadar Ramadhan kali ini. Amin.



Memandangkan tinggal beberapa hari je lagi kita nak sambut Ramadhan, maka menu ini sangat sesuai disajikan semasa waktu berbuka nanti. Senang, sedap sudah semestinya dan menyejukkan tekak setelah seharian kita berpuasa nanti. Tambahan pula cuaca sekarang ni panas sangat-sangat. Waktu malam pun terasa bahang panasnya. Kalau nak buka je pintu nanti berduyun-duyun la cik nyamuk masuk nanti. Tak pasal kenduri pulak cik nyamuk nanti. Ini salah satu pilihan untuk menyejukkan badan dan kalau kita, suka jamu makanan manis dahulu sebelum menjamah nasi. Dah selesai solat barulah selesa nak makan nasi dan lauk pauk lain.




Sebenarnya dah lama nak cuba crème brûlée yang asyik dok lalu lalang dalam channel masakan tu. Dek sebab penangan hari-hari mengadap cerita masakan, kita pun cuba mencari resepi yang sipi-sipi dengan bahan dan mudah untuk dicuba. Wallah, first time cuba dan rasa memang sedap sangat-sangat. Rasanya kalau dapat gunakan vanila bean tentu crème brûlée akan menjadi lebih sedap dan wangi. InsyaAllah, ada rezeki nak juga ikut resepi omputih yang menggunakan vanila bean tu.




Resepi dari Blogspot semaniskasturi

Bahan-bahan:
-200ml krim putar
-50ml susu segar
-2 biji kuning telur gred A
-40g gula kaster
-1/2 sdm esen vanilla
-brown sugar secukupnya untuk caramelized

Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 150 degrees. Sediakan dulang pembakar yang tinggi dan letakkan ramekins dalam 3 biji bergantung pada saiz. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan semua sehingga gula larut sahaja.
3. Tuangkan adunan ke dalam ramekins tadi sehingga habis dan mencukupi.
4. Masukkan ke dalam oven dan tuang air panas ke dalam dulang tadi dan bakar selama 1 jam atau sehingga permukaan telah menjadi pejal atau 'set' bergantung pada oven masing-masing.
5. Bila dah masak buka pintu oven sedikit dan biarkan suam baru keluarkan dan bolehlah disejukkan ke dalam peti sejuk.
6. Bila nak makan boleh lah tabur sedikit brown sugar dan guna torch atau bakar di dalam oven suhu 200℃ di rak paling atas untuk membuat caramel.

Ulasan

Catatan Popular