Cucur Udang Rangup
Cucur Udang Rangup
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Lama je rasanya tak menaip dalam blog kesayaman ni. Walaupun blog capuk, tapi disebabkan blog ni tempat kita mengomel, merapu dan berkongsi apa yang kita suka, tetiba kita tersayam la pulak dengan apa yang telah kita hasilkan sejak setahun dua ni. Alhamdulillah, kita berjaya mengupload semua gambar cucur udang ke dalam blog walaupun internet sesemput siput sedut. Kali ini buat pertama kalinya kita bersiaran langsung dari rumah cik ngah bak kata anak sulong Zara.
Syukur juga, ini post pertama kita menggunakan no telefon baru setelah kehilangan no kesayaman yang telah berkhidmat selama lebih dari 12tahun yang lalu. Dan paling best, no baru pun abah kesayaman yang tolong carikan dan hadiahkan pada kita. Bukan tak boleh beli sendiri, tapi kita ni jenis tak boleh nak ingat no tepon orang. Kalau no tak cantik, alamatnya memang kene jenguk phonebook je la nampak gayanya. 😆. Pasni kene jaga betul-betul no baru supaya no tak 'dimatikan' lagi.
Sambil-sambil memerhatikan anak-anak berlari, bermain berkejaran bersama mak su dan pak su, baik kita curi masa kejap untuk postkan tentang cucur udang rangup tapi penuh dengan hirisan udang. Ops..sebelum terlupa kita nak ucapkan Selamat Pengantin Baru 🎊 kepada adik bongsu yang baru seminggu melangsungkan perkahwinan di kampung minggu lepas. Semoga perkahwinanmu kekal hingga ke jannah. Aaminn.
Sudah seminggu juga kita bercuti di kampung halaman. Tak tergambar betapa happynya kita dapat berehat sambil bercuti. Tambah meriah, cik ngah dari sheffield dan pak lang mak lang dari palmerston north ada join cuti sekali kali ni. Cuma husben kita yang tak dapat join sekali sebab tuntutan kerja. Tapi ada tambahan orang baru pula iaitu pak su baru.
Panjang lebar kita bercerita, perenggan ni baru kita nak cerita tentang cucur udang rangup. Sebenarnya, cucur udang rangup ni terhasil setelah kita menonton rancangan Rasa instafamous kat astro. Cara menggoreng cucur udangnya sangat menarik dan memang menjadi rangupnya. Paling best, rasanya dan texturenya lebih kurang macam kueh cucur udang dalam pasembor.
Sebelum ni, kalau kita buat cucur udang mesti kita gunakan yis dan semestinya nakkan bentuk yang bulat dan nampak gebu. Walaubagaimanapun, selepas kita mencuba style goreng macam ni, kita terus jatuh hati habis dan insyaAllah lepas ni kita akan terus membuat cucur udang style ini. Rangup di luar tapi lembut di dalam.
Cucur udang rangup ini sedap dimakan begitu sahaja walaupun tidak dicicah dengan sos pun. Jika beli diluar, memang boleh lari bajet jika makan untuk sekeluarga. Sekeping cucur udang je dah berharga seringgit. Bayangkan kalau beli untuk 6 ke 7 orang. Memang puas hati kalau dapat membuat cucur udang sendiri dan paling best, cucur udang kita penuh dengan bahan terutama isi udangnya.
Kalau nak gantikan dengan isi ayam pun boleh cuma nama cucur kenelah tukar menjadi cucur ayam pula. Jika kita membuat cucur udang ni, nasi atau karbohidrat yang lain memang kita akan skip. Cucur udang ini sudah lengkap kerana ada sumber protein dan sayuran di dalamnya. Cuma bab menggoreng je kita terpaksa pasrah la sedikit kerana kalau cucur tak digoreng dalam minyak yang banyak, nanti tak rangup pula.
Resepi Cucur Udang Rangup
Bahan-bahan:-
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung beras
-1/2 cawan taugeh
-1/2 cawan kucai - dipotong lebih kurang 2 inci
-1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
-1/2 cawan carrot disagat kasar
-1 biji lada besar - dihiris nipis
-1 biji telur
-Garam secukupnya
-Gula sedikit
-Sedikit serbuk kunyit
-1/2 cawan isi udang - dihiris kasar
-Udang secukupnya untuk diletak di atas cucur
-Air sejuk secukupnya
Cara-cara:-
1. Campur semua bahan kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga semuanya sebati dan adunan tidak terlalu pekat dan terlalu cair.
3. Biarkan adunan selama 30minit di dalam peti ais atau dibiarkan semalaman.
4. Senduk adunan di dalam kuali dan lenyekkan supaya cucur menjadi nipis.
5. Goreng di dalam minyak panas dengan api perlahan supaya cucur menjadi garing. Toskan minyak dan siap untuk dihidang.
#cucurgaring
Salam
BalasPadam