Puding Mahalabiyya


Puding Mahalabiyya


Assalamualaikum. Good Evening ☕. Bersiaran di kampung halaman lagi. Walaupun ini adalah #latepost, tapi kene kongsikan jugak puding paling simple, sedap dan mudah sangat nak membuatnya. Sementara line internet masih laju, kita cuba share seberapa banyak menu yang kita pernah cuba dan paling penting sedap dekat anak tekak kami sekeluarga.

Nama puding ni memang nampak macam unikkan? Macam nama ala-ala arab pun ada. Ha...dalam banyak-banyak menu, ini je lah satu-satunya makanan arab yang pernah kita postkan dalam blog ini. Yang lain belum ade kesempatan lagi dan kene praktis sampai advance dulu, barulah boleh kongsikan dalam blog ni. Puding Mahalabiyya ini adalah sejenis manisan dari negara arab. Memang sedap sangat dan tidak memuakkan.



Puding Mahalabiyya ini sebenarnya dah lama kita cuba beberapa tahun yang lepas dan kita pernah sharekan menu ini dalam ig menudapozati. Pada masa itu kita tertarik untuk mencuba membuat puding arab ini setelah melihat rupa puding ini salah satu post dalam ig. Nampak sangat menyelerakan.

Tambahan pula, bahan nak membuatnya tidak memerlukan kos yang besar dan sememangnya sudah tersedia pun di dalam pantri dapo kita.Cuma kekacang yang hendak ditabur di atas puding je memerlukan kreativiti sedikit. Sebelum ini, kita hanya menggunakan kacang badam yang disangai sekejap supaya naik bau kekacang tersebut bersama kismis je. Cincang sedikit kasar dan taburkan je. Dah siap!!



Jenis kekacang yang hendak ditaburkan di atas sebenarnya terpulang pada individu. Kalau ada alergik kekacang, boleh juga gantikan dengan buah-buahan seperti pisang, strawberi, blueberi atau terpulang pada selera masing-masing. Bagi pendapat kita, kekacang yang paling sedap untuk dimakan bersama Puding Mahalabiyya ini adalah Kacang Pistasio. Kenapa Pistasio? Kerana rasa lemak, sedikit masin, rangup dan warna kehijauan yang cantik sememangnya ngam habis dengan puding dari negara arab ini.

Kalau nak dapatkan kacang pistasio yang murah, sedap dan kuantiti yang sedang elok untuk ditabur atas Puding Mahalabiyya ini, nanti bolehlah jenguk-jenguk dalam kedai 2 ringgit atau kedai eco. Sedang elok je kuantiti kacangnya untuk hidangan puding bagi 3 orang makan. Kalau nak cuba menggunakan kacang gajus pun mesti sedap punya. InsyaAllah kita akan cuba pula gunakan kacang lain bersama buah-buahan segar yang lain.😊




Bagi penggemar panna cotta, mesti sukakan puding jenis ini. Rasanya seakan sama cuma yang berbeza adalah cara membuatnya dan masa yang digunakan. Kalau panna cotta ia menggunakan gelatin sebagai agen 'pembentuk' supaya puding tersebut set dan dapat membentuk mengikut bentuk acuan.

Tetapi Puding Mahalabiyya ini pula, menggunakan tepung jagung sebagai agen 'pemekat' supaya ia dapat memekatkan air susu dan membentuk sebagai puding. Lebih kurang macam puding kastad je cara pembuatannya. Puding Mahalabiyya ini rasanya tidak terlalu padat macam puding kastad dan texturenya lebih kurang seperti panna cotta. Halus, lembut dan cair dalam mulut.



Puding Mahalabiyya paling sedap dan enak dimakan sejuk-sejuk. Selepas puding dimasak, sejukkan sebentar di dalam peti ais tanpa menaburkan kekacang terlebih dahulu. Masa nak makan baru taburkan kekacang atau buah-buahan di atas puding.Yummy 😍.

Tinggal seminggu dua je lagi adik-adik yang tinggal di obersea akan pulang ke tempat masing-masing. Alahai..cepatnya masa berlalu. Walaubagaimanapun, 2 minggu yang lepas adalah hari-hari yang paling best dalam tahun ni sebab dapat bercuti sambil jalan-jalan cari makan. Pengembaraan bermula dari utara terus ke negeri sembilan iaitu kampung halaman tersayang. Baru je nak rehat 2 hari, kami terus ke negeri pantai timur. Dan....selamat kembali ke kampung halaman.


Resepi dari FB Tiya Smilove

Bahan-bahan:-
-1 liter susu segar (lebih kurang 4 cawan)
-1/4 cawan gula (kurang/ lebih)
-1/4 cawan tepung jagung
-3 tbsp air mawar (gantikan perasa ros)
-Sedikit garam
-Kacang Pistachio (cincang kasar)
-Sedikit strawberi sebagai hiasan

Cara-cara:-

1.Larutkan tepung jagung bersama secawan susu segar.

2.Didihkan lebihan susu segar bersama gula dan air mawar (perasa ros) dengan api sederhana.

3.Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.

4.Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.

5.Bila hampir pekat, masukkan garam.Tuang ke dalam bekas dan taburkan pistachio dan strawberi.

Ulasan

Catatan Popular