Tteokbuki


Tteokbuki


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Hari ni last day kita berkampung di kampung halaman. Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya. Happy dan bahagia sangat rasanya balik kampung kali ini sampaikan berat badan naik mendadak di jarum penimbang tu. Mana tak nye, boleh katakan hari-hari breakfast nasi lemak di simpang atau pedas, tak pun pekena roti canai di chembong. Lunch time makan masakan omak yang memang sedap teramat. Dinner pula pekena nasi goreng, tak pun nasi berlauk lagi. Tak masuk lagi edisi tambahan yang memang berlemak dan sedap hingga menjilat jari.



Setelah lama terperam post menu ni, akhirnya baru sekarang kita dapat kongsikan di blog kesayaman ni. Sebelum ini kita kongsikan tentang makanan yang menjadi kegemaran orang di timur tengah iaitu Puding Mahalabiyya, kali ini kita ingin berkongsi pula menu dari negara yang terkenal dengan KPOP iaitu Tteokbuki. 

Bagi penggemar makanan Korea, mesti sukakan menu tteokbuki ini. Sebelum ini pun, kita pernah mencuba resepi tteokbuki tapi versi yang lain. Kali ini resepi tteokbuki yang versi kedua ini memang ternyata sedap. Terasa kepedasan, manis dan sedikit masin sosnya. Tteokbuki ini pula sedang elok kekenyalannya dan kene dengan anak tekak kita.


Update: Alhamdulillah, kami sekeluarga telah selamat sampai di teratak jauh dari tanah. Disebabkan keadaan rumah yang kelam kabut akibat proses pemindahan perabot dan barang dalam rumah, makanya tertangguh pula proses nak meng'update' blog kita ni. Setelah 6 bulan lebih mendiami rumah baru, baru sekarang proses pemindahan rumah betul-betul berlaku. Dah sarat pula rumah tamu dengan perabot. Makanya, akan tertangguh lah pula proses nak berkongsi menu lain lepas ni disebabkan dapur dah macam hutan belantara. Pokok kangkung dah menguasai balkoni dapur dan menjalar ke serata tempat. Nasib baiklah kita bercuti sebulan je, kalau setahun nampak gayanya jadi hutan kangkung lah satu rumah.😆.

Syukur mak abah pun sukakan rumah baru ni berbanding rumah lama. Katanya lebih kemas dan nampak selesa. Pasni kalau ada rezeki nak mendiami kediaman sendiri barulah kita akan melalui proses pemindahan ni lagi sekali. Kalau tidak, memang kene duduk lah selama mana yang mungkin. Mudah-mudahan segala-galanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Amin.


Sambung balik tentang menu tteokbuki ni. Sebenarnya, jika sukakan makanan yang menyerupai butir nangka yang bertexture kenyal, pasti anda sukakan kekenyalan kuih tteokbuki ni. Cumanya tteokbuki ini adalah makanan yang berjenis savori. Versi asal kita cuma gunakan tepung pulut sahaja untuk membuat tteok. Tapi selepas menjumpai resepi yang menambah sedikit tepung gandum di dalam resepi tteok, maka terhasilkan menu untuk kali ni. Lebih sedap, tidak terlalu lembik dan tetap kenyal.

Untuk menu kali ini juga, kita tidak menggunakan pes gochujang segera tapi kita menggunakan homemade sos gochujang. Lebih terjamin halal dan toyyiban. Kene dengan selera kita dan kita juga boleh meng'oter' tahap kepedasan dan kemanisan sos gochujang tersebut. Kalau nak gunakan tteok segera yang dijual dipasaraya pun boleh juga. Lebih mudah untuk sediakan menu tteokbuki ni. Jika mahukan tteokbuki yang lebih sedap, penambahan seperti sosej, kek ikan, fishball, seafood atau ramen boleh ditambah semasa proses memasak. Wajib ditabur bijan sangai dan hirisan daun bawang. Baru umpph 👍.



Resepi dari FB Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Bahan-bahan (Tteok - rice cake):

- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh pasti sedap
- 1 sudu teh minyak bijan
- air suam secukupnya

- air ais secukupnya

Cara-cara:-

1. Satukan semua bahan kering kecuali air suam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung menjadi doh.
3. Uli doh hingga tidak melekat pada tangan.
4. Apabila doh sudah sebati, uli doh lagi selama 5 minit.
5. Gelek doh menjadi bentuk silinder dan potong mengikut kreativiti/kesukaan masing-masing.
6. Sapu sedikit minyak bijan pada pinggan supaya doh tadi tidak melekat pada pinggan. Buat hingga habis.
7. Masukkan air setengah periuk dan panaskan air tadi hingga mendidih.
8. Rebus doh tadi hingga doh tadi timbul di permukaan air.
9. Cedukkan tteok yang sudah direbus dan sejukkan di dalam air berisi ais.
10. Tapiskan tteok dan letakkan di dalam pinggan. Siap hidangan tteok.

Bahan-bahan (Tteokbuki):-

- 2 cawan tteok (rice cake) yang sudah direbus
- 4 ketul sosej cheese (optional) - dihiris
- 1 ketul fishcake (optional) - dihiris
- 5 biji fishball - dipotong dua
- 4 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 sudu besar taucu (gunakan taucu pedas)
- 3 sudu besar air
- 1/4 cawan minyak sayuran/olive oil
- 1 sudu besar bijan disangai

- sedikit daun bawang

- campuran sos :-
* 3 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar sos tomato
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar kicap manis
* 2 ke 3 sudu besar cili flakes
* 1 sudu besar serbuk cili
* 3 sudu besar gula perang
* 1 sudu besar pasti sedap
* 1 sudu besar minyak bijan
* 1 cawan air

Cara-cara:-

1. Gorengkan semua sosej, fishcake dan fishball hingga masak. Ketepikan.
2. Campurkan taucu ke dalam batu lesung dan tumbuk hingga lumat. Masukkan air dan gaul sebati.
3. Tumiskan bahan tumbuk tadi menggunakan minyak yang sama hingga naik bau.
4. Masukkan campuran sos dan kacau hingga kuah mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan tteok dan bahan yang digoreng tadi ke dalam kuali.
6. Kacau rata dan masak hingga kuah menjadi pekat.
7. Masukkan separuh daun bawang dan kacau sebentar. Tutup api.
8. Hidangkan bersama lebihan daun bawang dan bijan sangai. Siap.


Ulasan

Catatan Popular