Kek Lemon Blueberi


Kek Lemon Blueberi


Assalamualaikum. Selamat pagi 🌹.  Semoga segala urusan dipermudahkan dan ceria selalu. Lintas langsung menge'post' entri di kampung halaman lagi. Alhamdulillah, kali ini kami ber3 dapat ber'vacation' selama hampir sebulan bersama keluarga tersayang. Memang merantau habis kali ni. Dari utara terus ke negeri sembilan. Baru duduk sehari dah ke pantai timur.

Merasalah makan dikedai makan yang dok viral di sana sini. Habis jelajah di pantai timur, terus shoot ke seremban. Tidur semalam dua, tiba-tiba adik kene berpindah ke Johor pula. Officially, adik dah ada rumah sendiri dan berkeluarga di Johor Bharu. Lepas ni, kalau mak abah nak jalan-jalan makan angin, memang senanglah sebab boleh katakan anak-anak ada di merata tempat. No more hotel atau homestay dah. Alhamdulillah, selesa 😊.


Entri kali ini akan tersasar sedikit sebab gambarnya tentang kek lemon berblueberi lagi tapi karangan tentang kami bercuti pula 😆. Officially, blog ni memang tempat kita berkongsi tentang menu yang berjaya kami cuba dan dalam masa yang sama blog ini juga tempat kita selitkan kenangan manis, masam, masin dan pahit. Baru lah hidup ini akan lebih bermakna, bahagia dan 'secukup rasa'.

Kita sebenarnya bersyukur sangat sebab walaupun hidup tidak semewah orang 'ada-ada' tapi kita juga dapat merasa nikmat seperti mereka. Sesungguhnya nikmat yang Allah kurniakan sememangnya tidak terukur luasnya dan terbatas banyaknya. Memang benar hidup ini umpama sebuah roda yang sentiasa bergerak selagi ada nyawa dikandung badan. Terpulang pada individu tersebut bagaimana untuk mensyukuri nikmat yang diberi padanya walaubagaimanapun keadaan dan situasinya. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya kejadian. Tepuk hati ❤, tanya iman. 😊.


Lagi beberapa hari lagi birthday adik dan mak akan datang. Wah...tahun ni adik dapat sambut birthday bersama husben di jb. Maklumlah pengantin barulah katakan. Memandangkan kami baru je balik dari jb, dapatlah kami berehat di kampung dalam semalam dua. Alhamdulillah, adik laki tunggal dah selamat tiba di kampung bersama isterinya malam tadi. Dan....membawa perkhabaran gembira.

Lagi beberapa jam, kami akan bertolak ke pd untuk bermalam di hotel 5 bintang. Syukur, memang tak pernah terfikir dapat menginap di hotel mewah tapi rezeki datang tanpa diduga. Katanya, sempena menyambut ulangtahun kelahiran mak yang ke 58 tahun. Sememangnya, tempat tu tersenarai di dalam list yang mak impikan. Tersenyum lebar mak malam tadi. Bolehlah ibu tumpang sekaki untuk menikmati kolam renang di dalam bilik. Sekali seumur hiduplah katakan. 😊.


Kali ini kita nak kongsikan pula tentang menu yang baru cuba baru-baru ini iaitu kek lemon blueberi. Kalau nak ikutkan harga blueberi memang mahal dan tak terlintas pun kita hendak membelinya. Masa kita hendak men'shopping' pampes anak, tiba-tiba kita terpandang harga blueberi yang tak masuk dek akal. Bayangkan harga sebekas blueberi untuk harga biasa je boleh mencecah ke 12 ringgit. Tapi masa tu, harganya menjadi separuh dan keadaan buah-buahan comel lotey pun berkeadaan elok. Kalau tak membeli 2 bekas sekaligus memang satu perkara yang merugikan.

Kita ingatkan untuk resepi kek ini ia memerlukan 2 belas blueberi tapi rupanya tidak. Cukup hanya sebekas kecil sahaja dah memadai dan penuh untuk seketul kek. Lagi sebekas kita frozenkan aja dan menunggu sahaja menu baru yang akan kita kongsikan pada masa akan datang. InsyaAllah.


Sebenarnya kek lemon blueberi ini adalah sejenis kek butter. Cuma ia ditambah dengan parutan kulit lemon yang banyak dan ditabur dengan buah-buahan blueberi di dalamnya. Jadi, kepada penggemar kek butter sememangnya wajib mencuba menu ini kerana kek ini sangat moist dan wangi je apabila menjamahnya.

Tips untuk membuat kek lemon blueberi yang sedap adalah paling penting gunakan butter atau mentega yang berkualiti tinggi sahaja. Ini sangat penting kerana butter yang sebenar (tertulis perkataan pure butter di kertas bungkusan) memberikan rasa lemak susu sebenar dan bau susu asli yang wangi. Tips seterusnya adalah pastikan wangian vanila yang digunakan juga sebolehnya adalah pes vanila atau esen vanila premium. Memang ketara hasilnya kerana ia memberi rasa dan bau yang sangat enak. Opss lupa pulak nak bagitau yang kek lemon ni tak pakai butter tapi menggunakan minyak sayuran. Jadi jimat poket tapi rasa marbeles sekali.

Akhir sekali, untuk mendapatkan kek yang tidak kering dan lembab sentiasa, pastikan adunan kek tidak overmix atau terlebih kacau. Kek akan lebih lembab jika dibiarkan semalaman. Ops, sebelum terlupa, jika hendak membuat glaze atau sadur, jangan terlebih cecair jika tidak akan jadi seperti kami yang cair glazenya tapi tetap sedap juga. Paling penting, jangan lupa tapiskan dahulu gula icingnya sebelum di letakkan jus lemon ke dalamnya.


Resepi dari Food Network - Bake with Anna Olson

Bahan-bahan:-
- 1 cawan gula pasir (guna 3/4 gula kastor)
- 3 biji parutan kulit lemon (2 biji parutan kulit lemon)
- 2 biji telur gred A
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/3 cawan minyak sayuran
- 2 sudu teh esen vanila
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan blueberi segar (gunakan 1 bekas blueberi yang dijual di pasaraya)

Bahan Lemon Icing
- 2 sudu teh jus lemon
- 1 cawan gula icing (diayak)

Cara-cara:-
1. Panaskan oven suhu 180°C. Griskan loyang roti dengan marjerin dan tepung gandum.
2. Masukkan gula kastor bersama parutan kulit lemon ke dalam mangkuk. Gaul hingga naik bau lemon dan sebati bersama gula.
3. Letakkan telur ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tuangkan whipping krim, minyak sayuran dan esen vanila.
4. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan garam di dalam mangkuk berlainan. Campurkan bahan kering tadi ke dalam adunan basah dan kaup balik hingga semuanya sebati.
5. Masukkan blueberi segar dan gaul berhati-hati supaya blueberi tidak pecah di dalam adunan.
6. Tuangkan ke dalam loyang roti dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.
7. Sejukkan kek selama 20 minit di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya di atas rak.

Icing lemon - gaulkan jus lemon bersama gula icing hingga ia menjadi pekat. Tuang ke atas kek yang sudah sejuk dan biarkan selama sejam jika mahukan glaze yang keras.

Ulasan

Catatan Popular