Jemput Pisang
Jemput Pisang - Banana Fritters
Assalamualaikum. Selamat tengahari 🌹. Happy Chinese Year. Tahun ni kita duduk dalam rumah je sambil bergolek-golek depan tv. Banyak cite best bagi yang tak tengok movie kat pawagam ni. Cite tahun-tahun lepas baru sekarang kita dapat tengok. Jadilah, janji tengok 😊. Bagi budak-budak memang best sangat lah sebab dapat cuti panjang. Pening sikit lah sebab kejap je kemas, tak sampai 5 minit bersepah balik. Nasib baik anak-anak soleh solehah ni pandai kemas balik. Alhamdulillah. Kalau tak, mau merangkak bawah meja kerusi nak kemas mainan budak berdua ni.
Menu paling ringkas tapi kalau makan sepinggan pon tak sedar ni. Habis rosak punah segala diet yang dicita-citakan 😆. Sebenarnya teringin nak makan pisang goreng ngap ngap tapi apakan daya, susah benor nak dapat pisang yang sesuai untuk digoreng. Maklumlah duduk dalam ala-ala hutan ni memang payah sikit nak dapatkan stok pisang fav. Teringat pulak pisang tanduk yang bergantungan disepanjang jalan Kuala Pilah tu. Bila lah agaknya nak balik kampung ek?hehe. Dah macam orang dok UK takpun NZ je ibu nye ni 😆.
Tetibe tengah kelaparan, sang suami tetiba bawak balik seplastik pisang goreng panas lagi uols. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab dah macam mengidam la pulak gayanya 😆. Jadi, cepat-cepat order kat husben mintak belikan pisang emas takpun pisang berangan untuk buat jemput pisang pulak. Pisang goreng dah makan, teringin jemput pisang la pulak. Tada..menjadi jugak jemput pisang yang berkurun tak membuatnya.
Jemput pisang ni sesuai sangat dihidangkan bersama air teh atau kopi o panas. Meletop tau. Sambil menikmati pandangan padang sekolah yang menhijau..hehe. Sawah padi jauh la pulak nak berpiknik. Tapikan trend zaman sekarang, orang makan jemput pisang dengan aiskrim vanila. Kerlass sangat. Kira hi-tea ala orang putih. Tak pernah lagi cuba tapi nampak sangat menarik. InsyaAllah akan cuba satu hari nanti. Orang yang paling suka mestilah anak ibu yang sememamgnya peneman ibu selalu iaitu Zara. Aiskrim dengan Zara memang tak dapat dipisahkan 😃.
Resepi jemput pisang ni sememang datangnya dari mak sendiri. Ringkas tetapi sedap. Cuma kita dah olah sikit dengan menambah tepung jagung dan serbuk penaik. Nak bagi bahagian luar sedikit garing dan gebu. Kekal lembut walaupun dah sejuk tetapi sedikit rangup semasa panas.
Resepi Jemput Pisang
6 - 8 biji pisang emas
2 sudu besar gula perang / gula pasir
1 cawan tepung
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Lenyekkan pisang dengan menggunakan garfu sehingga semuanya hancur.
2. Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung jagung terlebih dahulu.
4. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya adunan tak terlebih tepung. Tepung bergantung pada berapa banyak pisang yang digunakan. Apabila adunan dah sebati, tidak terlalu cair atau terlalu pekat bolehlah disudukan atau jemputkan untuk digoreng ke dalam minyak panas.
5. Masak hingga warna bertukar warna coklat sedikit gelap. Angkat dan toskan minyak. Siap.
#jemputpisang
Ulasan
Catat Ulasan