Masak Lemak Pucuk Ubi


Masak Lemak Pucuk Ubi


Assalamualaikum. Selamat tengahari 🌹. Post kali ni nak throwback ke hari pertama kita menyambut Ramadhan yang lalu. Memangkan sekarang ni dah nak sampai hujung-hujung bulan. Makanya, lauk yang mampu disediakan pon ala-ala bajet la gayanya. Walaupun lauk bajet, tapi rasanya memang terangkat. Lauk umph kalau kita gunakan santan pekat segar. Tapi apakan daya, santan kotak je yang ada dalam stok. InsyaAllah next time boleh masak guna santan segar pulak.


Sebenarnya, lauk masak lemak ni adalah kali ketiga kita masak sejak kawen. Ha...nape sikit sangat angka tu ek? Tu sebab kita je yang mampu makan dan teringinkan lauk macam ni. Yang lain mampu tengok dan jenguk dalam periuk aje. Kalau masak lemak cili padi ni memang kene pedas berasap. Baru terangkat dan ngam dengan ikan goreng! Kalau disini, nak dapatkan pucuk ubi memang takde jual dekat kedai ataupun pasaraya. Nak tak nak kene jenguk kawasan kampung ke atau pasar pagi dan pasar malam baru ada makcik-makcik jual sayur-sayur kampung.



Menu ni sebenarnya adalah lauk kedua yang kita masak di rumah baru ni. Lama betul dapur tak berasap. Bukan tak berasap langsung, cuma setakat masak air dan goreng keropok tu kire macam main masak-masak je rasanya. Menu perasmian dapur di rumah ni adalah menu Sambal Goreng Jawa hari tu. Tu pun sebab dah teringin sangat nak berbuka lauk hasil air tangan sendiri. Beli dikedai memang jauh bezanya dengan hasil masakan dirumah. Lagipun disini, kalau nak makan masakan lauk pauk, kedai mamak je la jawabnya. Nak bau makanan mamak pun tak larat dah sebab dah terbiasa sangat dengan kedai mamak ni.



Sebelum ni kita masak lemak pucuk ubi ni kita tak rebus dahulu pucuk ubi tu. Jadinya, pucuk ubi tu sedikit pahit dan ambil masa sikit untuk memasaknya. Kali ni bila kita gugel, rupanya lebih elok kalau pucuk ubi tu direbus dahulu supaya senang untuk memotong dan memakannya nanti. Hari tu, panjang menjela je kita masak pucuk ubi tu. Time tu dah rasa janggal dah tapi sebab nak makan sangat, kita makan jugaklah.Plan asal nak masukkan sekali udang hidup bersama lauk pucuk ubi ni. Tapi apakan daya, udang lambat dibeli dan pucuk ubi pun dah siap dimasak. Jadinya, kita letak ikan bilis sahaja dan sedikit udang kering buat penyedap kuah masak lemak tu.




Resepi dari blogger resepinannie.blogspot.com

Bahan-bahan:-
 -1 ikat pucuk ubi (ambil daun pucuk ubi sahaja)
-  1 keping asam keping
- 4-5 cawan santan (gantikan dengan 1 santan kotak KARA)
- Segenggam ikan bilis
-1 batang serai saiz besar - dititik
- Garam secukup rasa
- 10 biji cili api *
- 3 cm kunyit hidup (gantikan dengan sedikit serbuk kunyit) *
* bahan untuk ditumbuk lumat

Cara-cara:-

1. Ambil semua pucuk ubi dan basuh , didihkan air secukupnya dalam periuk kemudian masukkan pucuk ubi . Biar pucuk ubi masak sampai empuk kemudian boleh ditos semua pucuk ubi ni . Pucuk ubi yang dah empuk direbus tadi di potong supaya mudah nak dimasak dan di makan .

2. Masukkan semua bahan tumbuk , ikan bilis , serai di titik , asam keping serta santan dalam periuk kemudian dikacau supaya cukup mesra dan biarkan kuah hampir mendidih .

3. Masukkan semua pucuk ubi rebus dan kacau bagi rata semua bahan , masukkan garam secukupnya . Biarkan kuah mendidih dan apabila pucuk ubi dah sebati dengan kuah boleh ditutup api dapur. Siap.

#pucukubidenganikangoreng
#selerakampung

Ulasan

Catatan Popular