Spagetti Carbonara


Spagetti Carbonara



Assalamualaikum. Selamat malam 🌹. Baru nak upload cite pasal western food sebenarnya tapi kene pause kejap sebab nak layan Lafazkan Khalimah Cintamu 😍. Cite ni best jugak. Kejap menaikkan emosi, kejap menurunkan emosi kita ni. Ok lah jugak, perjalanan darah pon turut bersenam sejak terjebak dengan drama ni 😆.


Menu spagetti carbonara ni adalah salah satu menu favourite kita. Hanya kita sahaja dalam rumah ni. Orang lain tekak kemelayuan sikit..hehe. Jadi, kalau masak spagetti ni memang buat untuk 2 pax sebab untuk 2 kali makan bukannya untuk 2 orang berlainan yang akan makannya. Kalau nak super duper express, terjunkan sekali Tin Prego Carbonara ke dalam troli bila shopping barang dapur. Hanya perlu buka tin dan panaskan sos tu je. Rebus spagetti pon amik masa lagi lama tau. Tapi kalau ter'over' rajin, boleh lah try resepi yang chef-chef guna iaitu menggunakan telur kuning sahaja untuk mendapatkan sos yang berlemak lagi berkrim tu. Lebih sihat kerana sos itu tanpa penggunaan Pak Aji.




Resepi diilham dari Resepi Sup Cendawan

Bahan-bahan:

- secekak spagetti, direbus hingga al-dente 
- 1/2 biji bawang holland, dihiris dadu
- 4 biji cendawan shitake segar
-1/2 cawan ayam, dipotong dadu
- air secukupnya
- garam secukup rasa
- 1/2 cawan susu cair / susu segar
- 1 cawan sup cendawan, resepi DISINI (boleh diganti dengan sup cendawan Campbell atau sos carbonara Prego)

Cara-cara:

1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Tumiskan bawang holland hingga berbau wangi.

2. Pada ketika ini, bolehlah masukkan cendawan dan goreng sebentar.

3. Letakkan ayam yang dipotong dadu dan kacau hingga ayam masak.

4. Curahkan sos cendawan tadi dan masak sebentaf hingga sebati.

5. Letakkan sedikit susu cair dan air bagi mencairkan sos tadi. Biarkan hingga mendidih.

6. Perasakan dengan garam jika kurang masin. Apabila sos tadi sudah cukup rasanya, bolehlah dimasukkan spagetti yang sudah direbus dan kacau sebentar hingga semua sos menyaluti spagetti tersebut. Siap.



#spagetticarbonara
#soscarbonara

Ulasan

Catatan Popular