Sambal Cili Padi Ikan Bilis, Kentang dan Tempe
Sambal Cili Padi Ikan Bilis, Kentang dan Tempe
Assalamualaikum. Selamat pagi 🌹. Sambungan dari post Sup Tauhu Telur. Gandingan yang membolehkan diet nasi anda rosak 😆. Kalau lauk sup tu, kita makan macam tu je jika malas nak makan nasi. Lagi sedap sebab tak perlu berasa terlalu kenyang akibat pertambahan nasi yang bertambah-tambah banyaknya. Kali ni, kita cerita tentang lauk super pedas bagi penggemar makanan pedas. Sesuai dimakan bersama roti dan dimakan begitu sahaja jika tahan tahap kepedasan berapi-apinya.
Lauk kegemaran kita adalah kentang dan tempe. Jika tidak suka, boleh je skipkan bahan tu dan gantikan banyakkan lah ikan bilisnya. Kalau menu macam ni dimakan pada waktu sahur pon sedap dan boleh mencelikkan mata si pemakan sebab memang pedas 🔥.
Resepi diilham dari FB Masak Apa Hari Ni
Bahan-bahan:
- 1/2 mangkuk ikan bilis - digoreng hingga garing.
- 1 atau 2 biji kentang - dihiris nipis, digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan digoreng hingga sedikit garing.
- 1 bungkus tempe - dihiris nipis, digaul bersama serbuk kunyit dan garam, digoreng hingga garing.
- 3 ulas bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- segenggam cili padi hijau dan merah *
- 1 inci belacan *
* ditumbuk kasar
- 1 labu bawang besar - dihiris kasar
- 1/2 sudu besar asam jawa
- sedikit garam dan gula
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk dengan menggunakan minyak gorengan ikan bilis tadi sehingga cili padi sedikit garing.
2. Masukkan asam jawa dan goreng hingga garing.
3. Letakkan bawang besar yang dipotong kasar tadi dan gaul sebentar.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Sejukkan sekejap.
5. Curahkan kembali ikan bilis goreng, kentang goreng dan tempe goreng ke dalam kuali dan gaul hingga semuanya sebati. Siap.
#sambalcilipadi
#sambalikanbiliskentangtempe
Ulasan
Catat Ulasan