Kuew Teow Goreng
Kuew Tiow Goreng
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Kuew Tiow Goreng adalah salah satu menu faveret saya. Tak makan nasi pun takper asalkan ada kuew tiow goreng. Kalau kuew tiow sup tu kureng sikit tapi masih menjadi pilihan utama berbanding nasi. Maklumlah umur dah makin meningkat ni pengambilan nasi kenelah dikurangkan. Selera pun kurang sikit kalau bab nasi ni kecuali mak yang masak. Yang tu memang takkan tolak ketepilah. Balik kampung je mesti berat badan baik mendadak. Takut betul kalau nampak jarum dekat timbang.
Kuew Tiow Goreng kali ini kita letak ayam je sebab stok udang dengan daging dah habis dalam peti ais. Jadi kita gunakan je apa yang ada. Cili blender dalam peti ais pun sedang elok je kuantitinya. Kali ni kita tambah tauhu goreng di dalamnya. Memang sedap menambahkan lagi rasa dan texture pada kuew tiow goreng ni. Kalau ada cili jeruk lagi mengancam habis kuew tiow goreng kita ni. Dah jadi sebijik macam kita beli dekat pasar malam je.
Kalau kita ke pasar malam, kita wajib atau selalunye lah beli kuew tiow sebungkus atau dua bungkus untuk stok dalam seminggu dua. Jadi takkan nak letak di luar peti ais, nanti basi pulak lah kuew tiow kita tu. Semestinya kuew tiow akan disimpan di dalam peti dan apabila dah berada di dalam peti untuk jangkamasa yang lama, kuew tiow akan menjadi keras.
Situasi yang wajib terjadi pada kita tiap kali nak menggunakan kiew tiow untuk digoreng. Satu tip bagaimana untuk melembutkan kuew tiow yang keras ini ialah dengan mengukus sebentar hingga kuew tiow lembut. Jangan kukus terlalu lama, nanti kuew tiow akan terlalu lembut dan akan hancur apabila digoreng. Boleh juga kuew tiow keras tadi di panaskan di dalam microwave untuk jangkamasa yang singkat. First time cuba tip ni memang menjadi dan cantik macam baru beli je kuew tiow tu.
Resepi Kuew Tiow Goreng
- 1 bungkus kuew tiow basah
- 1 keping dada ayam (dipotong dadu)
- 1 biji telur (digoreng dan di hancurkan)
- 1 keping tauhu (digoreng terlebih dahulu dan dipotong)
- 3 ulas bawang putih *
- 5 ulas bawang merah *
* ditumbuk
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar sos tiram (lee kam kee)
- 1 sudu besar kicap manis (kipas udang)
- 2 sudu besar cili sos (kimball)
- 1 sudu teh sos caramel
- segenggam tauge
- 1 biji cili merah
Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan goreng hingga naik minyak.
3. Letakkan isi ayam dan kacau sebentar. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.
4. Tuang sos cili, sos caramel dan kacau hingga semuanya sebati.
5. Masukkan kuew tiow dan goreng hingga semua mesra. Jika warna kurang menarik, bolehlah masukkan sedikit lagi sos caramel. Perasakan dengan garam jika kurang masin.
6. Kemudian, letakkan tauhu goreng dan telur hancur serta tauge dan cili merah.
7. Kacau sebentar dan tutup api. Bolehlah taburkan bawang goreng (jika suka).Siap.
#kuewtiowgoreng
#kuewtiowgorengayam
Ulasan
Catat Ulasan