Sup Tauhu Telur Lagi


Sup Tauhu Telur Cendawan



Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis 🌹. Post tergendala lagi. Hari tu dah cuba menu tauhu telur jepun ni dan kita repeat lagi menu ni sebab sememangnya sedap dan sesuai dengan perubahan musim yang tak menentu ni. Kejap hujan dan keesokkannya cuaca berubah menjadi panas sesangat. Tempias perubahan cuaca ni pon terkena juga pada family kami di penang ni. Anak-anak kejap-kejap dilanda demam. Nasib baik dua-dua tak demam serentak, kalau tak tumpang ibunya ni. Cuma si kecik tu je manja sikit kalau dia demam. Nak berkepit 24jam je la jawapnya.



Resepi kali ni rasanya agak berbeza berbanding resepi sebelum ni. Lagi sedap!! 😊. Mungkin disebabkan penggunaan cendawan shitake agaknya lah. Resepi TERDAHULU menggunakan cendawan enoki. Rasa cendawannya agak tidak terasa berbanding cendawan shitake. Kita menggunakan cendawan shitake segar kerana tak perlu proses merendam supaya untuk menggunakannya. Jimat masa dan rasanya pun tidak terlalu kuat berbanding cendawan shitake kering. Satu pengajaran yang kita dapat semasa membuat menu ini ialah jangan menggunakan sayuran hijau kerana warnanya cepat berubah jika tidak dihabiskan dalam masa yang singkat. 




Resepi diilham dari tiffinbiru.blogspot.com

Bahan-bahan:

- 2 bungkus tauhu jepun, dipotong 6@8 dan kemudian digoreng sebentar supaya tauhu tidak hancur di dalam sup
- 6 biji cendawan segar shitake - dipotong kecil
- 2 / 3 batang fucuk kering, potong kecil dan rendam hingga lembut, toskan
- 1 sudu besar udang kering, rendam 10 minit dan tumbuk kasar
- 1 genggam suun, potong dan rendam hingga lembut
- 1/2 batang lobak merah, dipotong bulat
- 3 batang jagung muda
- 1 biji bawang besar, dihiris halus
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- garam secukup rasa
- sedikit serbuk lada hitam kasar
- air secukupnya
- 1 kiub ayam

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga harum. 

2. Masukkan air secukupnya (anggaran setengah periuk) dan kiub ayam. Biar mendidih.

3. Masukkan tauhu kering (fucuk), lobak merah, jagung muda dan cendawan tadi. Masak hingga fucuk lembut, masukkan soo hoon dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula.

4.Kacau rata. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu.

5. Masak 2 minit lagi dengan api kecil dan jika semuanya dah secukup rasa bolehlah ditutup api. Siap.

#suptauhutelurjepun


Ulasan

Catatan Popular