Sambal Cili Padi Ikan Bilis
Sambal Cili Padi Ikan Bilis
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Salah satu lauk kegemaran kita dan lauk yang boleh menambah selera makan serta sekaligus terhapus sudah dietku. Tambahan lagi kalau dimakan di waktu sahur. Mahu 2 pinggan makan nasi waktu pepagi sebelum subuh tu. 😆.
Kalau ada lauk ini sahaja pun dah cukup sebenarnya. Tapi memandangkan menu sup tauhu telur tengah viral di FB, apakata kita try buat dan rasa. Memang ngam sekali dengan lauk sambal ikan bilis ni. Anak sukakan sup tauhu telur ni. Ibu dia boleh ratah macam tu je lauk sup ni. Memang sedap. Resepi Sup Tauhu Telur ada Di SINI.
Sebenarnya post ini post tergendala untuk bulan Feb tetapi disebabkan terlalu banyak sangat 'iklan' dalam diari hidup kita, maka baru hari ini kita dapat berkongsi dengan sesiapa yang membacanya. Alhamdulillah, sejak anak lelaki bertukar susu tepung dari jenama _ut__ L__y ke jenama Nespray macam zaman ibu kecik-kecik dulu, semuanya beransur pulih. Cuma Zara je masih ada selesema dan batuk berkahak kerana ibu masih memberi susu jenama lama kepadanya.
Susu jenama lama tu selalu buat promosi jadinya memang memborong lah kan. Yelah, harga normal je dah RM25++ dan harga semasa sale menjadi RM18++. Sangat berbeza bagi kami sekeluarga. Jika membeli sepeket, taklah terasa sangat baget susu ni, tetapi kedua-dua anak pun wajib menyusu sepanjang masa. Jadi stok susu tepung memang tak pernah surut dalam rumah ni. InsyaAllah, semuanya akan kembali normal seperti biasa. Amin.
Resepi dari FB Masak Apa Hari Ini
Bahan-bahan:
- 3 biji kentang - dikupas kulit dan dihiris sederhana tebal
- sedikit serbuk kunyit
- 1/2 cawan ikan bilis - dicuci dan ditos
- 10 biji cili padi *
- 2 ulas bawang putih *
- 1 biji bawang besar *
* dikisar kasar atau ditumbuk
- 5 biji cili padi - ditumbuk kasar
- seinci belacan
- 1 biji bawang besar / holland di hiris kasar
- 1/2 sudu teh asam jawa pes
- sedikit gula dan garam
Cara-cara:
1. Mula-mula kentang yang dihiris digaul dengan serbuk kunyit dan digoreng hingga sedikit garing. Toskan minyak.
2. Kemudian, dengan minyak yang sama goreng pula ikan bilis hingga garing.
3. Tumiskan pula bahan kisar hingga pecah minyak. Kacau sambal sebati.
4. Masukkan pula belacan dan asam jawa pes yang dicampur sedikit air. Jangan banyak nanti lemau pula ikan bilis. Kacau lagi hingga sambal menjadi sedikit garing.
5. Letakkan gula, garam, bawang hiris dan cili tumbuk.
Kacau lagi.
6. Apabila semua sudah sebati, tutup api dan sejukkan sambal seketika.
7. Masukkan semula ikan bilis dan kentang goreng tadi. Gaul sekata dan sebati. Siap.
#sambalikanbilis
#sambalmeletop
Ulasan
Catat Ulasan