Cucur Bilis


Cucur Bilis


Assalamualaikum. Selamat malam 🌹. Hari ni genap 4 hari umat Islam di M'sia berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Fenomena biasa di sini kalau masuk je bulan puasa, mesti dalam plan dah ada jadual nak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Kalau dah sampai dekat bazar tu, mesti rambang mata lah. Menu yang dijual di bazar tu boleh mencecah lebih dari 100 menu untuk satu bazar tu. Cakap je nak makan apa, mesti ada jual punya. Cuma bab poket tebal nipis je pengukurnya. Time orang tengah lapar lah katakan, semuanya nampak sedap. Nanti bila dah pekena air 1 cawan, nasi jugak yang dicari. Kuih ke roti ke semua tolak ketepi 😆.

Sebelum ini pon pernah postkan tentang cucur bilis ni. Cuma dulu di rumah lama dan sekarang kita upkan pula menu di rumah baru pula. Post lama ada di IG menudapozati. Ingatkan dah pernah upkan dekat sini rupanya tak pernah lagi post pasal cucur bilis ni. Ni kire first post pasal cucur bilis dan hasilnya memang sedap.


Bagi rumah kita ni, maklumlah ada budak kecik, jadinya makanan takdelah sampai penuh 1 meja. Yang makan cuma 2 tekak je. Anak buat meramaikan je. Lepas tu main main main. Maknya lah tukang habiskan apa yang tak habis tu. Nasib badan tak menaik mencanak-canak. Kalau tak, tak cun lah raya nanti 😆. 

Post kali ini kita fokuskan untuk hidangan yang sesuai untuk moreh. Ha..lepas terawih tu kan ada rasa sedikit lapar tapi takkan nak makan makanan berat lagi. Nanti bukan misi menguruskan badan jadinya, misi menaikkan jumlah lemak punya kesnya. Kalau tak habiskan pun, boleh di sambung makan semasa sahur. Tu pun kalau lalu lah dekat anak tekak tu.


Resepi ini sepatutnya menjadi cucur bulat atau cucur viral tu tapi kali ni tak menjadi bulat-bulatnya tu sebab terlebih air panasnya. Tulah, sapa suruh langgar resepi  😆. Walaupun rupanya tak berapa membulat, tapi rasanya sangat marbeles. Sedap dan rangup. Makan sambil mengadap tv pun tak sedar licin sepinggan. Jika makan begitu sahaja tanpa apa-apa pencicah pun sedap. Resepi ni memang menjadi aim kita kalau nak repeat balik menu ni. Cuma misi seterusnya nak kasi bulat sebulatnya lah. InsyaAllah.


Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ni boleh dipelbagaikan. Jika tak suka ada bawang, boleh diabaikan. Jika nak bagi anak-anak makan, bolehlah tak diletakkan cili besar. Cucur bilis ni lagi sedap jika ada banyak ikan bilis di dalamnya. Hari tu kita gunakan ikan bilis jepun yang halus comey lotey tu. Jadinya memang sangat sedaplah. Jika tidak, guna ikan bilis biasa pun ok jugak cumanya ditumbuk sedikit supaya ikan bilis tu menjadi kecil dan halus.


Resepi diinspirasi dari FB Masak Apa Hari Ni
(Untuk 2 orang)

Bahan-bahan:-

-1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan air panas mendidih
- 1/2 biji bawang besar - cincang
- 1/2 cawan ikan bilis jepun/halus (boleh digantikan dengan ikan bilis besar tapi dikisar atau tumbuk halus jika suka)
- 1 pokok daun bawang (boleh gunakan daun sup, daun kucai)
- 2 inci lobak merah - cincang
- 2 biji cili merah - cincang (optional)
- garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Mula-mula gaulkan semua bahan kering kecuali air panas ke dalam mangkuk. Gaul sebati.

2. Kemudian, buatkan lubang ditengah-tengah tepung tadi.

3. Masukkan air panas mendidih sedikit demi sedikit. Gaul menggunakan sudu atau senduk tepung hingga menjadi pekat terlebih dahulu. Kemudian ketepikan. Masukkan lagi sedikit air hingga semua tepung habis digaul bersama air panas mendidih tadi.

4. Adunan tepung tadi akan menjadi doh dan sejukkan sebentar.

5. Sapukan tangan dengan sedikit air / minyak masak dan bulat-bulatkan doh tadi hingga habis.

6. Panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah menggoreng doh yang dibulat-bulatkan tadi. Bagi cucur masak sekejap sebahagian baru di kacau. Kacau sentiasa supaya cucur menjadi bulat.

7. Apabila cucur dah bertukar warna ke arah coklat, bolehlah diangkat dan ditoskan minyak. Siap.



#cucurbilissedap
#pembukaselera
#minumpagiataupetang

Ulasan

Catatan Popular