Sambal Goreng Jawa
Sambal Goreng Jawa
Assalamualaikum. Selamat tengahari 🌹. Asyik tenggelam timbul je sekarang ni. Maklumlah rumah masih macam kapal kene ribut. Tak habis-habis lagi proses pindah rumah. Tak lama je lagi, eh esoklah kita nak menyambut bulan paling mulia iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Tapi rumah tak kemas dan teratur lagi. Hati mana la tak risau. Semoga Allah permudahkan urusan pemindahan rumah ni. Amin.
Menu kali ini lain dari lain. Menu yang sangat terkenal bagi orang Jawa. Kita teringin sebenarnya nak makan Sambal Goreng Jawa ni untuk berbuka hari tu. Ingatkan taknak ikut balik kampung, gigih beli barang-barang nak masak. Tengok-tengok plan tertukar last minit. Nak biarkan rasa teringat-ingat pulak. 5 jam sebelum balik kampung, kita bersilat dalam dapur sambil ganti puasa lagi tu. Dalam masa tu juga, kene kemas, basuh dapur yang habis terpercik minyak. Baju pun tak pack lagi. Ha..memang haru sungguh. Alhamdulillah, berjaya packkan sambal ni dalam 3bekas dari kedai eco yang di kelilingi ais. Takut basi pulak nanti sebelum berbuka.
Alhamdulillah, sambal tak basi dan kita makan je dalam kereta lepas singgah kejap di RNR Banjaran Titiwangsa. Nasib baik takde jumpa gajah masa dalam perjalanan. Yelah, hati risau juga sebab langit dah nak gelap. Dengan nak lepas tempat tanah runtuh lagi. Cuma masa balik dan berhampiran RNR Banjaran Titiwangsa tu, sempat juga terserempak dengan cik gajah tapi dia dah kene ikat dah. Rasanya menunggu untuk di bawa ke tempat lebih selamat.
Episod post untuk kali ini adalah mengenai Sambal Goreng Jawa yang menjadi salah satu menu favourite kita. Kita bukan orang jawa tau. Family pon takde kene mengena dengan orang jawa kecuali keluarga sepupu lah sebab pakcik memang orang jawa. Tu bukan penyebab kita sukakan menu ni. Kita tak pernah tau pun wujudnya menu ni sebab mak tak pernah masak pun masakan jawa ni.
Kita mula kenal dan jatuh ❤ dengan Sambal Goreng Jawa ni masa zaman mula-mula kerja di area Bandar Sri Damansara dulu. Ada sorang kawan ni orang Teluk Intan dan time tu kita orang buat pot luck. Maka macam-macam lah makanan terhidang depan mata. Salah satunya ialah Sambal Goreng Jawa ni. Pot luck di tepi sungai lagi. Tempat tu pon first time kita pergi. First rasa Sambal Goreng Jawa ni terus jatuh hati. Memang sedap dan kene dengan anak tekak ni. Tak pedas dan berkicap. Penuh dengan tempe, tauhu, fucuk dan suun tu yang membuatkan kita teruja sangat nak rasa. Sekali dah rasa terus teringat-ingat.
Lepas percubaan kali pertama tu, kita takde pun minta resepi sebab ingatkan sama macam masak kicap je. Kita cuba buat macam masak kicap tapi tak sama la pulak. Terus frust. Tak terfikir nak gugel dalam internet sebab masa tu zaman fb tak rancak macam sekarang. Dulu setakat add kawan sekolah dengan kawan ofis je. Takde join mana-mana group masakan pun. Maklumlah zaman anak dara baru lepas grad. Tak minat sangat bab masak-masak ni.
Minat ni timbul balik selepas dah ada anak 2 dan tiba-tiba je nak rasa balik sambal jawa ni. Kebetulan post sambal goreng jawa ni dok lalu dekat wall fb dalam salah satu group masakan. Makanya cepat-cepat skrin shot dan cari bahan-bahan nak masak. Zass menjadi dan sedap macam zaman dulu-dulu tu. Terima kasihlah empunya resepi dalam group MAHI. Memang sedap-sedap resepi dalam group ni.
Resepi diinspirasi dari FB Masak Apa Hari Ni.
- 2 ketul tauhu basah - dipotong dadu *
- 3 bungkus tempe - dipotong dadu, dilumur dengan serbuk kunyit dan garam *
- 2 biji kentang - dipotong dadu *
- 1 bungkus suun - dibilas sekejap *
- 1 bungkus fucuk - dibilas sekajap *
* digoreng hingga masak dan garing
- 1/2 bungkus ayam cincang
- 2 batang fish cake - dihiris nipis
- 1 ikat kacang panjang
- 1 labu bawang besar - dihiris nipis
- 2 biji bawang merah - dihiris nipis
- 4 ulas bawang putih - dicincang halus
- 2 biji cili merah - dihiris nipis
- 1 inci belacan
- 1 sudu asam jawa Adabi bersama sedikit air
- 2 sudu santan pekat
- 2 sudu cili kisar (optional tapi kita suka pedas)
- kicap (jenama Enaq) secukup rasa
- sedikit garam dan gula serta serbuk perasa.
Cara-cara:
1. Mula-mula panaskan kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang besar. Apabila sudah wangi, masukkan bawang putih. Kacau sebentar.
2. Masukkan pula cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan pula ayam cincang serta fish cake dan masak hingga ayam masak sepenuhnya.
4. Bolehlah masukkan belacan dan air asam jawa. Kacau rata. Masukkan santan pekat pula. Kacau lagi.
5. Tuang semua bahan-bahan yang sudah digoreng tadi dan kacau rata.
6. Masukkan kicap, gula, garam dan serbuk perasa jika mahu. Kacau hingga semua rasa seimbang.
7. Akhir sekali baru masukkan cili hiris dan kacang panjang. Terpulang nak masukkan dahulu atau kemudian. Kita masukkan akhir sekali bagi mengekalkan kerangupan kacang panjang tersebut. Tutup api dan siap.
#sambaljawa
#peminattempetauhukentang
Ulasan
Catat Ulasan