Bingka Roti Cranberi


Bingka Roti Cranberi


Assalamualaikum. Selamat pagi 🌹. Pejam celik pejam celik kita dah menjejakkan kaki ke bulan Jun. Alhamdulillah, sekaligus kita juga berjaya mengerjakan ibadah puasa dalam suasana selesa dan InsyaAllah semoga tercapai target untuk Ramadhan tahun ini. Amin.


Menu kali ini adalah menu kali pertama kita buat iaitu bingka roti. Rasanya sedap bagi si peminat bingka. Cuma kita masih lagi mencari texture bingka dan rasa yang kene dengan selera kita macam mak kita buat dulu-dulu. Walaubagaimanapun, anakanda Zara paling suka makan bingka roti ni. Dia seorang yang memilih dalam bab makanan ni tapi dia lah juga yang rajin menghabiskan bingka ibu ni. Bab biji labu tu dia paling suka makan. Cuma bila sampai dekat cranberi tu, wajib dia passing dekat ibu suruh ibunya ni habiskan untuknya 😅.


Bingka roti ni adalah salah satu hidangan desert untuk berbuka. Jadi, tak adalah membazir bila bab desert je nak kene beli di bazar Ramadhan. Cuma bab air je kita beli hari-hari di bazar ataupun di gerai Jus Tembikai Viral dekat area Permatang Pauh. Beli cuma seplastik je sebab takut membazir pulak kalau beli banyak. Yang minumnya cuma orang yang berpuasa je. Lain cuma minum seteguk dua je. Jimat sikit nak blend buah lagi, ais lagi dan simpan buah dalam peti sememangnya tak muat dalam peti comey lotey ni.



Resepi dari My Resepi

Bahan-bahan:-

- 5 keping roti putih ( dicarik kasar / didadu )
- 3 cawan santan @ susu cair @ susu segar ( kita guna 2 cawan susu cair dan 1 cawan santan Kara )
- 2 biji telur gred B
- 3/4 gula pasir ( kita gantikan dengan susu pekat manis )
- 1 sudu kecil garam
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar marjerin
- sedikit cranberi (optional- boleh gantikan dengan kismis / coklat chip)
- sedikit biji labu ( optional - tabur di atas adunan)

Cara-cara:-

1. Rendamkan roti yang sudah dicarik atau dadu ke dalam 2 cawan susu cair/susu segar/santan. Biarkan sebentar.

2. Kisar bahan-bahan 1 cawan santan/susu segar/susu cair, tepung gandum, telur, gula, garam, esen vanila dan marjerin hingga sebati. Tak perlu kisar terlalu lama.

3. Tuangkan bahan kisar ke dalam adunan roti yang direndam tadi.

4. Kacau semua bahan tadi hingga rata. (Ketika ini bolehlah diletakkan cranberi dalam adunan)

5. Griskan loyang(8x8) dengan marjerin dan di alas dengan baking paper. Tuangkan adunan roti tadi ke dalam loyang. (Taburkan biji labu jika suka)

6. Masukkan ke dalam oven suhu 180°C selama 45-1 jam atau sehingga bingka masak. Jika suka permukaan garing, tambahkan lagi masa pembakaran.

7. Apabila sudah masak, sejukkan selama 2-3jam terlebih dahulu. Kemudian barulah dipotong. Siap.


#bingkarotibersantan.

Ulasan

Catatan Popular