Kerabu Megi Thai
Kerabu Megi Thai
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Masih lagi di bulan Syawal yang mulia. Mesti ramai yang dah bermula atau habis berpuasa 6 kan? Kami kat sini masih belum bermula lagi. Mudah-mudahan dapat lah berpuasa 6 juga tahun ni sambil-sambil tu dapat lah membuang kembali lemak-lemak jahat yang menempel dalam badan ni.
Sebelum terlupa, kita nak ucapkan tahniah buat adik bongsu kerana telah selamat menjadi tunangan orang masa hari raya ketiga yang lalu. Walaupun masa tu agak kelam-kabut dan tak cukup kakitangan masa waktu kenduri, Alhamdulillah semuanya lancar dan sempat lagi berhari raya seperti biasa keesokkannya.
Tahun ni adik beradik yang diperantauan tak dapat balik berhari raya bersama. Mula-mula memang takde mood nak beraya tapi lama-kelamaan terubat juga rindu lepas dapat tengok adik bongsu bertunang. Teringat pulak zaman kita bertunang masa 2011 dulu. Masa tu pun mak buat kenduri dengan memasak sendiri di belakang rumah. Memang meriah dan seronok sebab dapat eratkan silaturahim dengan sanak saudara. Maklumlah bukannya selalu dapat balik kampung. Tahun ni kita cuma dapat balik kampung setahun sekali je. Dah macam gaya orang duduk di obersea la plak kan padahal dalam Msia jugak 😆.
InsyaAllah, bulan 9 nanti kita dapat berkumpul bersama sekeluarga kembali selepas setahun lebih tak bersama-sama. Adik kedua dan ketiga je dah 3 tahun tak jumpa. Mana taknya, sorang dekat bumi UK dan sorang lagi di bumi NZ. Bila adik UK yang balik, adik NZ masih belajar lagi disana. Bulan 9 nanti semuanya akan balik juga kerana adik bongsu akan melangsungkan pernikahan dan persandingan pada keesokkannya. Tempat bersanding masih ditempat lama sewaktu kita bersanding dulu cumanya tempat pernikahan je berbeza. Kita bernikah di rumah dan adik bakal bernikah ni rumah nenek di kampung.
Panjang lebar pulak cerita tentang famili kita sampaikan terlupa pula nak bercerita tentang menu sedap meletop berapi kita kali ni. Kita mula mengenali tentang Kerabu Megi Thai atau Yam Mama kalau tak silap selepas menonton video di IG masakwithpassion. Nampak sangat sedap dan bahan-bahan nak membuatnya pun mudah dan senang di dapati. Cuma seperti biasa, selera orang dan bahan yang ada dalam peti sejuk berbeza-beza untuk setiap dapur. Jadi kita ikut bahan yang ada cuma cara dan proses memasak je yang masih sama.
Resepi di inspirasi dari IG Masakwithpassion
Bahan-bahan:-
- 2 bungkus Megi Thai jenama Serda (paket merah)
- 4 biji fishball dibelah 2
- 1 biji fishcake dipotong nipis
- 6-7 ekor udang dibuang urat dan kulit
- 1 biji bawang besar dihiris halus
- 5-6 cili padi dihiris halus
- segenggam tomato ceri merah dibelah 2
- 1 pokok daun bawang dihiris halus
- 1 sudu besar sambal ikan bilis (optional) - ada dijual di pasaraya
- sedikit daun sup dihiris halus
- sedikit sos ikan
- sedikit air limau nipis
- sedikit gula
- daun salad untuk hiasan
Cara-cara:-
1. Celur terlebih dahulu megi ke dalam air panas sehingga megi betul-betul masak.
2. Kemudian semua bahan basah seperti fishball, fishcake dan udang dicelur hingga masak.
3. Buka rencah perasa megi dan tuang ke dalam mangkuk berisi megi dan lauk tadi. Gaul hingga rata.
4. Seterusnya, masukkan pula semua bahan-bahan sayur ke dalam mangkuk dan gaul lagi.
5. Taburkan pula gula, sos ikan dan air limau nipis dan kacau lagi. Rasa kerabu mengikut citarasa sendiri. Jika mahu masin, tambahkan sos ikan. Jika kurang masam tambahkan lagi air limau dan jika suka manis tambahkan gula. Siap untuk dihidang.
#kerabumegithai
#megiserda
1. Celur terlebih dahulu megi ke dalam air panas sehingga megi betul-betul masak.
2. Kemudian semua bahan basah seperti fishball, fishcake dan udang dicelur hingga masak.
3. Buka rencah perasa megi dan tuang ke dalam mangkuk berisi megi dan lauk tadi. Gaul hingga rata.
4. Seterusnya, masukkan pula semua bahan-bahan sayur ke dalam mangkuk dan gaul lagi.
5. Taburkan pula gula, sos ikan dan air limau nipis dan kacau lagi. Rasa kerabu mengikut citarasa sendiri. Jika mahu masin, tambahkan sos ikan. Jika kurang masam tambahkan lagi air limau dan jika suka manis tambahkan gula. Siap untuk dihidang.
#kerabumegithai
#megiserda
Ulasan
Catat Ulasan