Cucur Kangkung


Cucur Kangkung a.k.a Cucur Malas (Water Spinach Fritters)


Assalamualaikum. Selamat pagi 🌹. Nyamannya bila menghirup udara segar di luar beranda ni. Alhamdulillah. Lepas je subuh terus buka semua tingkap dengan pintu dapur sebab nak bagi keluar wap dalam rumah. Sejak dari malam tadi lagi dah rasa bahang semacam je. Cepat aje berpeluh. Ke cuaca makin panas? 😰. Masuk je 10 malam terakhir Ramadhan setitik hujan pun tak turun dah dekat area sini. Panas dan nyaman je cuacanya. Cuma risau nyamuk je lah sebab baru-baru ni hujan turun lebat tiap petang, takut-takut ada yang tak bersihkan daun-daun ataupun tempat takungan nyamuk. Nanti banyak pulak lah cik muk berterbangan sampai tingkat atas ni.


Tinggal lagi 2 hari je Zara akan ke sekolah sebabnya minggu depan bermulalah cuti sekolah pertengahan tahun. Mesti ramai yang plan nak balik kampung awal kan? Lagi syok awal-awal ni, tak payah berpeluh, berebut dan pandu selaju cik penyu bila tiba hari raya nanti. Minggu ni minggu Zara exam. Mudah-mudahan anak ibu dapat jawab dengan cemerlangnya. Amin. Walaupun lepas tu, dia balik sekolah je dengan comotnya makan aiskrim cornetto dekat tangan comey lotey tu. Sekolah makan dan main je time ni.


Berbalik pada menu cucur kangkung ni, sebenarnya menu ni sangat femes di area pantai timur masa bulan puasa ni. Lepas je terawih, orang selalunya akan singgah dekat kedai untuk makan colek. Cucur kangkung @ cucur malas ni adalah salah satu bahan yang ada dalam colek ni. Kalau di sini, kita panggil rojak, sana panggil colek. Ada yang letak ayam goreng ke sayur-sayuran mentah atau dicelur dan cucur malas ni.

Mengikut hasil kajian dalam gugel ni, Cucur malas sememangnya menggunakan kangkung. Macam jarang je gunakan sayur lain. Tengok rancangan Lesung Pipit pun dia kata kena guna kangkung, baru sedap. Nama colek malas ni diberi sebab kalau malas pun boleh buat cucur ni. Dekat kampung kan kangkung senang nak dapat. Cuma kena gaul dengan tepung, garam dan soda bikarbonat je dah siap. Cuma kalau rajin, boleh lah tambah bahan lain seperti lobak merah, taugeh, kucai, daun bawang, udang dan bahan macam cucur udang.


Resepi dari pakcik gugel dan pemerhatian dari pelbagai sumber.

Bahan-bahan:-

- 1 1/2 cawan tepung gandum ( untuk 2 orang )
- 1/2 ikat kangkung ( dibasuh, ditos dan dipotong-kangkung seikat seringgit )
- 1/2 cawan ayam hiris kecil-kecil ( optional sebab takde udang )
- 1/2 labu bawang besar ( dicincang )
- 2 inci lobak merah ( hiris halus )
- sedikit soda bikarbonat
- secubit garam
- air secukupnya

Cara-cara:-

1. Campurkan semua bahan kecuali air hingga rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya adunan tak terlalu cair atau terlalu pekat.

3. Biarkan adunan sebentar(30 minit) supaya soda bikarbonat dapat menggebukan adunan tersebut.

4. Panaskan minyak yang banyak dan sudukan adunan ke dalam minyak panas.

5. Goreng hingga masak dan bolehlah dihidangkan bersama sos cili atau pencicah kegemaran. Siap.




#cucurmalah
#cucurmalas
#cucurkangkung

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular