Bubur Kacang Hijau


Bubur Kacang Hijau



Assalamualaikum. Salam Syawal 🌹. Tup tup dah hari raya ke-13 dah. Kejap betul masa berlalu. Untuk tahun ni belum ada kesempatan lagi nak update apa-apa dalam IG. Memang berhabuk bersawang habis 😆. Sampaikan masa pergi beraya ke rumah sanak saudara hari tu pun diorang tiba-tiba tanya soalan cepusmas yang tidak dijangka-jangka iaitu IG bila nak update? Ke memang tak guna lagi IG tu? 😅. 


Memang tak jangka la pulak terkeluar soalan macam tu. Yang paling tak jangka, ada jugak menanti post terbaru di IG. Bukan tak nak update sebenarnya tapi lebih pada line internet yang tak ada di dalam rumah ni. Bila ada pun tak laju dan lama mana pun. Sudahnya memang bersawang la media sosial yang tu.

Untuk tahun ni pun tak sempat nak post pasal kuih raya sebabnya tahun ni kuih raya kureng menjadi. Tapi adalah yang menjadi dalam 2 jenis je tapi rupa pula kurang menarik. InsyaAllah, bila ada kelapangan dan rezeki nanti kita buat kuih raya yang betul-betul sedap dan menarik untuk dikongsi. Bak kata orang raya kan sebulan 😎.



Post kali ini berkaitan tentang menu semasa bulan Ramadhan hari tu. Teringin sangat nak makan bubur kacang. Masa bulan puasa, tekak memang teringin nak makan macam-macam tapi selain nasi. Jadinya berat badan jatuh merudum masa kita timbang kat kampung hari tu.

Alang-alang stok kacang hijau pun nak habis dalam dapur tu baik kita habiskan je terus. Kalau bubur kacang ni tak habis, bolehlah dijadikan sebagai aiskrim kacang. Blend dan cairkan sedikit. Memang sangat sedap.


Lain orang lain caranya memasak sesuatu menu. Semua terpulang pada citarasa dan pengalaman memasak seseorang. Kita lebih suka jika kacang hijau disangai terlebih dahulu tanpa perlu merendam kacang hijau tersebut. Masa memasak pun lebih cepat dan aromanya lebih harum.


Resepi Kacang Hijau

Bahan-bahan:-

1 cawan kacang hijau - dibasuh dan ditos hingga kering airnya.
1 kotak santan KARA
3 ketul gula nisan kerek @ boleh gunakan gula melaka
Secubit garam
1 helai daun pandan
2 cawan air
2 sudu besar sagu putih - dibasuh dan direndam sekejap dan ditos

Cara-cara:-

1. Panaskan kuali dan masukkan kacang hijau yang ditos tadi. Kacau hingga kacang terbit bau wangi dan tutup api.

2. Masukkan kacang hijau yang disangai tadi ke dalam periuk dan masukkan air dan daun pandan.

3. Biarkan mendidih sehingga kacang sedikit empuk.

4. Kemudian masukkan gula nisang dan garam.

5. Apabila gula sudah larut, masukkan santan pula. Kacau lagi hingga kacang empuk sepenuhnya.

6. Akhir sekali masukkan biji sagu dan masak hingga sagu bertukar jernih. Kacau sebati dan siap.


#buburfavourite
#kacanghijau
#manisan

Ulasan

Catatan Popular