Pizza Fritata
Pizza Fritata - Roti Telur Pizza
Cuma, ada satu je lagi target tak tercapai untuk kali ini. Mudah-mudahan Allah memberi kita peluang, ruang dan rezeki untuk Ramadhan yang akan datang. Amin. Esok merupakan puasa terakhir untuk umat islam di Msia berpuasa dan InsyaAllah jumaat nanti kita akan menyambut hari raya puasa.
Tahun 2018 ini adalah tahun yang pertama kalinya adik beradik yang duduk di obersea tak beraya sekali dengan kami di Msia ni. Rindunya nak together-gether ramai-ramai. Riuh rendah rumah dan mesti berborak je sampai tak ingat dunia. Makan sambil berborak. Dalam masa yang sama, sama-sama susun kuih dalam balang raya dan kemas rumah di saat akhir.
Paling best dapat merasa baju baru setiap tahun hasil dari kreativiti air tangan mak. Rindunya saat dan moment terindah ni. Syahdu je pulak malam buta ni. Tahun ni kami beraya baju recycle je dan anak-anak je akan dipersiapkan dengan baju baru tapi beli je la. Tak dapat pakai baju uwan dah. Bukan apa, baget nak raya habis kene potong untuk hutang rumah lama. Jadinya, semuapun kene cut cos. Dok fikir dah macam kalau baget sangat, kami beraya je la kat sini je sebab baget tak cukup 😆.
Kuih raya mesti ramai yang dah siap bersusun tepi meja kan? Tahun ni kami cuba juga buat kuih raya tapi bentuk tak berapa menjadi pulak tapi rasa sedap. Jadinya nak berkongsi tu macam tak berapa sesuai pulak. Sebab tu kali ni kita kongsikan roti dijadikan sebagai pizza.
Kalau ada lebihan roti yang nak tamat tempoh, bolehlah mencuba resepi ini. Rasa sedap bagi penggemar pizza dan roti. Topping tu sebenarnya terpulang pada citarasa sendiri. Kalau sukakan topping sebijik sejibon macam pizza punya, bolehlah meletakkan topping sebegitu cuma bahagian bawahnya sahaja je yang ditukar menggunakan roti sandwish biasa.
Resepi diinspirasikan daripada IG danish.harraz
- 4 keping roti sandwish
- 6 biji telur gred A ( gantikan 5 biji telur gred B )
- 3 sudu besar mayonaisse
- 1/4 cawan susu segar ( gantikan dengan susu cair )
- 1 cawan parutan keju cheddar ( gantikan 4 keping keju slice )
- 1 tin cendawan butang ( hiris nipis )
- 5-6 biji tomato ceri ( dibelah 2 )
- 1 biji lada benggala ( didadu)
- brokoli ( gantikan dengan 2 sosej ayam )
- kacang kuda ( gantikan dengan 4 keping pepperoni yang digoreng sebentar terlebih dahulu dan hiris memanjang )
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit garam
- sedikit daun parsley kering
Cara - cara:-
1. Susun 4 keping dalam dulang pembakar yang sudah di alas dengan baking paper.
2. Taburkan kepingan keju diatas roti. Kemudian letakkan semua bahan sayuran, daging pepperoni dan sosej.
3. Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, serbuk lada hitam, susu cair serta mayonnaise. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan telur ke atas roti tadi. Taburkan daun parsley kering jika suka. Taburkan parutan cheese jika mahu.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga tiada lagi cecair. Siap
#rotipizza
#rotitelur
Ulasan
Catat Ulasan