Muffin Pisang Coklat


Muffin Pisang Coklat


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Sejak seminggu dua ni cuaca terasa panas membahang je di sebelah utara ni. Kalau duduk je dalam rumah sambil melayan angin sepoi bahasa yang mampu melayukan mata waktu petang macam ni memang tak terasa pun panasnya cuaca sekarang ni. Tapi...kalau jejak je kaki ke tanah nak ke kereta memang boleh berdenyut kepala ni tiba-tiba. Kalau tak basahkan kepala selepas balik berjalan, mesti sakit kepala berdenyut-denyut akan datang waktu malam hari. Memang dah lama rasanya hujan tak turun. Nasib baik kawasan rumah masih banyak pokok, jadi bila panas sebegini daun-daun nampak kehijauan sangat dan sejuk mata memandang.


Anak kesayangan ibu sorang ni memang suka makan pisang. Tak kiralah pisang emas ke, pisang berangan ke atau pisang cavendish. Setiap kali Zara lalu je dekat bahagian buah dan kebetulan banyak pula bergantungan pisang emas dekat sini, memang wajib lah ibu ambil sesikat untuk di letak dalam troli. Tak sampai di rumah lagi Zara dah habiskan 2 ke 3 biji pisang. Memandangkan pisang yang dibeli akan cepat bertukar warna dalam masa 2 ke 3 hari, jadi selalunya kita akan memilih pisang yang tidak terlalu masak. Masih ada warna hijau pada warna kulitnya. Yang mana sudah masak memang Zara akan habiskan dahulu.


Tips kalau nak jaga pisang supaya tidak cepat lebam ialah pilih pisang yang hampir masak jika tidak mahu menggunakan pisang tersebut pada hari yang sama. Kemudian, gantung pisang macam yang kedai jual tu supaya pisang tidak terhimpit dan cepat lebam. InsyaAllah seminggu juga pisang akan tahan dan cantik masaknya walaupun letak di rak dapur je.




Jika ada lebihan pisang emas atau pisang jenis untuk dimakan terus, bolehlah dibekukan dalam peti ais. Memang dah lama cuba cara ini jika ada banyak pisang masak yang tak habis dimakan oleh anak kesayangan ibu ni. Cara kita ialah kupas semua kulit pisang dan susun pisang tadi ke dalam beg tahan sejuk. Selepas itu, vakum semua udara di dalam beg dan tutup kemas. Simpan di tempat beku dan insyaAllah rasa dan warna tetap kekal apabila nak digunakan pada waktu akan datang. 

Pisang beku atau frozen ni boleh di buat macam-macam jenis menu. Contohnya ialah smoothie pisang, banana shake, ais krim pisang. Tapi bagi kita, kalau dah ada pisang frozen ni kita bolehlah membuat kek pisang ke, muffin pisang, apam pisang atau cekodok pisang. Semuanya memerlukan pisang yang dilenyek terlebih dahulu.   Jadi kerja lagi mudah sebab defrostkan pisang yang beku tu sekejap dan bolehlah start melenyek pisang dengan mudah. Kalau pisang beku dalam beg yang sudah divakum ( dibuang udaranya ), pisang akan lebih mudah defrost dan tiada ais pada pisang itu. Jadi tak lah berair pisang tu nanti.



Resepi Muffin Pisang Coklat (Bakar) diinspirasikan dari Chef Hanieliza

Bahan-bahan:-

Bahan kering:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar serbuk kokok
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
- sedikit garam

Bahan basah:
- 3/4 cawan pisang yang sudah dilenyek
- 1/2 cawan minyak jagung ( boleh diganti dengan minyak masak )
- 1/2 cawan gula perang
- 1 biji telur yang dipukul sedikit
- coklat chip secukupnya

Cara-cara:-

1. Panaskan oven suhu 160°C selama 15minit.

2. Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk. Ketepikan.

3. Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.

4. Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah. Kacau dengan whisk sekejap sahaja. Jangan terlebih kacau nanti muffin akan keras.

5. Letakkan kertas muffin ke dalam dulang  muffin. Cedokkan adunan tadi sehingga 3/4 penuh. Taburkan coklat chip di atas adunan muffin tadi.

6. Bakar selama 20-25minit ke oven atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi untuk pastikan muffin sudah masak atau tidak. Siap.




Ulasan

  1. Nak tanya , dapat berapa banyak ye untuk adunan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang 11 ke 12 cawan muffin saiz sederhana.

      Padam
  2. Assalam.. Sy minta halal resepi ye.. Nmpk sedap.. 😍

    BalasPadam
  3. guna whisk je ye...x perlu mixer

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular