Cempedak Goreng Rangup
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Cuaca sangat baik hari ni dan panas berangin. Dah 2 malam hujan berserta angin yang kuat melanda kawasan disebelah utara ni. Angin dia memang kuat sangat seakan ribut. Risau juga bila kita tengok pokok yang bertentangan dengan rumah kita ni dah terliuk lentuk bila angin lalu padanya. Nasib baik angin kuat ni datang pukul 12.30 malam. Kalau angin ni melanda disebelah petang, risau juga sebab ramai budak kecik main dekat tanah lapang di bawah pokok ni. Alhamdulillah, setakat ni pokok-pokok di kawasan ini masih teguh. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari segala bencana. Aaminn.
Menu yang kita nak kongsikan kali ini ialah cempedak goreng rangup. Memang rangup dan kita sukakan kerangupan tepungnya. Memang kita akan simpan resepi ini untuk buat gorengan yang pula pada masa hadapan. InsyaAllah... Tepung goreng kali ini memang sangat rangup dan bertahan hingga ke petang. Jika kita goreng cempedak ini selama 2 kali, tepung gorengnya akan lebih rangup lagi. Dah rasa macam makan keropok la pulak. Maklumlah, ahli dalam rumah ni tak berapa nak ramai. Jadi bila kita masak tu, memang akan ada lebihan dan semestinyalah chef in da house yang akan jadi penghabiskan segala lebihan yang ditinggalkan oleh si anak kesayangan.
Alhamdulillah. Kita sememangnya dah lama dok teringat-ingat tentang cempedak goreng ni. Bukannya tak boleh membeli di luar, cuma harganya agak mahal bagi kita. Bahan-bahan nak membuatnya tidaklah terlalu mahal. Cuma harga buah cempedak itu saja yang kita perlu ambik kira sebelum membelinya. Syukur, secara tiba-tiba jiran tingkat bawah dah mengirimkan pelbagai buah-buahan untuk kami sekeluarga nikmati. Datang dari kampung halaman katanya. Ada rambutan, dokong, manggis dan paling best ialah buah cempedak yang sudah pun masak. Memang semerbak harum satu rumah.
Semalam masa kita jalan-jalan dalam fb, kita ternampak satu tips untuk memilih buah cempedak. Tips yang rakan dalam fb kongsikan ialah kalau kita hendak memilih buah cempedak, pilihlah buah cempedak yang mempunyai mata yang tajam dan bukannya mendatar rupa bentuk buahnya. Baru buah cempedak tu ada isi di bahagian duri yang tajam tu. Setakat ni kita tak pernah lagi cuba untuk memilih buah cempedak. Cuma kita kongsikan tips ini untuk rujukan kita untuk masa hadapan.
Resepi dari ahli group Masak Apa Hari Ni.
Bahan-bahan:-
- isi cempedak secukupnya
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung beras
- 1 sudu teh air kapur
- sedikit garam
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu besar marjerin pelangi
- 1 biji telur
- sedikit serbuk kunyit (resepi asal gunakan pewarna kuning)
- air secukupnya untuk bancuhan
Cara-cara:-
1. Campurkan semua kecuali buah cempedak dan air.
2. Kacau hingga semuanya sebati. Masukkan air demi sedikit dan bancuh adunan supaya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair supaya isi cempedak melekat elok pada adunan tepung ini.
3. Masukkan semua isi cempedak ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Goreng dalam minyak yang panas supaya terjadinya habuk-habuk tepung dan minyak tidak diserap terlalu banyak. Toskan minyak dan siap.
Mcm tu caranya pilih cempedak ...
BalasPadamAah. Tau pun sebab ramai sangat terkena beli cempedak tapi isi 2 ulas je. Baik lah beli cempedak goreng siap2 je camtu...hehe. Ko orang pertama yang komen. Tahniah 🎉
BalasPadam