Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung


Assalamualaikum. Selamat malam🌹. Throwback untuk bulan Mac yang lalu. Salam 1 Rejab. Hari ni kita terbangun awal pagi sebab niat dihati nak berpuasa pada hari Isnin dan kebetulan jatuh pula 1 Rejab. Memang terbaiklah. Semangat berkobar-kobar ni. Bangun pukul 3.00pagi dan ber'tak tung tuang' dalam dapo sensorang. Masa nilah baru nak masak nasi sebab tak sempat masak sebelum tido semalam. Sejukkan kejap sambil-sambil buat preparation untuk membuat menu pedas berapi di pagi hari. Kalau tak pedas, memang tak lalu nak makan.

Kebetulan juga, malam tadi anak sedara call dari kampung bagitahu yang ayah mertua sakit teruk dan dia takut kalau ayah koma di hospital. En. Husben dah risau sangat dan memandangkan kereta kami masih di bengkel, kesudahannya en. husben plan naik bas je untuk ke kampung. Tinggallah kami bertiga disini dan secara tiba-tiba anak sulung demam pada pagi ni. Memang ditakdirkan en. husben balik kampung sensorang untuk kali ni. Alhamdulillah, en. husben selamat sampai dan kita di rumah ni pun selamat berpuasa.

Dalam entri pakcik gugel, ada macam-macam versi nasi goreng kampung. Ada yang letak kangkung, belacan dan bahan wajib iaitu ikan bilis. Tapi kali ni, kita tak nak letak belacan sebab mungkin belacan kita ni kurang sedap nak diletakkan dalam nasi goreng. Kangkung pula memang kita jarang makan disebabkan kebersihan pada kangkung diluar tu. Nak tanam sendiri, mungkin tunggu pindah rumah baru kot. Kalau rajin lah 😆. Kita menggunakan kacang panjang je sebab kita sukakan kerangupan kacang panjang tu dan sesuai dengan nasi goreng kampung kita kali ini.



Resepi diilham dari IG rosehayatie_

Bahan-bahan: 
- nasi sejuk secukupnya (2 orang) 
- 1/2 labu bawang besar *
- 4 ulas bawang putih *
- 2 ulas bawang merah * 
- sejemput ikan bilis (dibasuh dan ditos) *
- segenggam cili padi *
* tumbuk sehingga sedikit lumat.
- 2 biji telur
- 5 ekor udang (optional) - tak letak
- setengah cawan kacang panjang dihiris
- garam dan gula secukupnya
- ikan bilis goreng segenggam

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan letakkan minyak ikan bilis goreng tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. 

2. Apabila sudah garing, ketepikan bahan ditepi dan masukkan pula telur dan biarkan sebentar. Tunggu sehingga telur masak kemudian baru dikacau.

3. Bolehlah masukkan udang yang ditos dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Letakkan nasi sejuk tadi dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan kacang panjang dihiris dan kacau lagi. Bolehlah tabur ikan bilis goreng dan kacau sebentar. Tutup api. Siap.


#nasigorengkampung
#nasigorengpedasberapi

Ulasan

Catatan Popular