Vanilla Nutella Yogurt Muffin
Vanilla Nutella Yogurt Muffins
Mula-mula ingatkan penyakit ini tak seteruk mana. Tapi bila kita dengar ramai pula anak kecil yang kene pada waktu ini. Jujur sebenarnya takut juga nak biarkan anak keluar rumah bermain diluar tapi apakan daya tak kan tak nak bagi anak pergi sekolah pula kan. Sebagai ibu, kita cuma mampu berdoa semoga anak-anak ibu dijauhkan segala penyakit bdrjangkit ini. Amin. Kita cuma boleh galakkan anak tukar baju dan sering membasuh kaki tangan bila nak bermain atau balik dari sesuatu tempat.
Walaupun kita telah melakukan segala-galanya tentang kebersihan, tapi apakan daya Allah turunkan juga anak-anak ibu terkena demam. Berjangkit disekolah akibat selesema, lepas tu terkena batuk pula dan seterusnya demam. Alhamdulillah, kakak dah sembuh dan kalau tiada aral melintang bolehlah ke sekolah esok. Cuma adiknya manjalah sedikit, demam masih tak kebah lagi dan meragam tu dah jadi perkara normal bagi si adik. Semoga adik pun cepat sembuh ye 😳. Amin.
Dah panjang lebar kita membebel di atas, baru sekarang kita baru nak ceritakan tentang muffin gebu dan wajib di ulang bake lagi pada masa akan datang. Sepatutnya kita post tentang muffin vanila tapi menggunakan resepi lain tapi.....muffinku terlebih gebu hingga melimpah ruah hingga meleleh hingga jatuh ke atas dulang pembakar. Nasib baik ada dulang, kalau tak, habislah ovenku kotor dan memang bukan tahap kerajinan nak membersihkan lebihan tepung dalam oven tu. Fuh 😥.
Akhirnya kita jumpa resepi muffin yang kita suka dan kene dengan selera anak tekak dan famili terutamanya si kakak zara lah. Tak terlalu manis macam kek diluar sana. Manis macam manis buah je dan rasa dia light dan paling penting, filling dia yang sedap iaitu coklat cair ditengah. Bab coklat tu kita gunakan coklat yang didatangkan dari New Zealand. Kalau makan coklat macam tu je memang tah bila nak habis sebab manis sangat walaupun sedap. Jadi kita letakkan coklat yang dipatahkan kecil-kecilan untuk dijadikan sebagai filling. Nak gunakan nutella pun boleh juga sebab kita pun ada juga letakkan nutella sebagai filling dalam muffin ni. Cuma kene pastikan adunan muffin tidak terlalu manis supaya tidak muak bila memakannya nanti.
Resepi dari blog intaidapur
Bahan-bahan:-
Bahan A ( bahan kering )
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula kastor ( kurangkan menjadi 3/4 cawan)
- 1 sudu teh baking powder
- 3/4 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
Bahan B ( bahan basah )
- 135 gram yogurt ( guna Natural Yogurt Nestle )
- 1/2 cawan susu segar ( gunakan susu penuh berkrim Dutch Lady )
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/3 cawan minyak masak ( gantikan dengan minyak jagung Mazola )
Bahan C ( filling )
- Nutella secukupnya @ coklat bar dicincang
- Coklat Chip secukupnya untuk ditabur di bahagian atas muffin
Cara-cara:-
1. Panaskan oven suhu 220°C ( gunakan suhu 190°C ) selama 15minit.
2. Ambil mangkuk yang sesuai, tapiskan semua bahan A hingga semuanya bercampur rata. Gaul rata.
3. Menggunakan bekas lain, campurkan semua bahan B dan gaul sebati.
4. Kemudian, masukkan bahan B tadi ke dalam bahan A dan gaul hingga sebati sebati menggunakan whisk. Jangan Overmix kerana muffin akan menjadi padat,
5. Masukkan 1/2 adunan ke dalam cawan muffin dan letakkan 1 sudu teh nutella ke dalam cawan. Tuang adunan hingga 3/4 cawan muffin. Buat hingga semua adunan habis. Taburkan coklat chip di atasnya.
6. Bakar selama 10 minit suhu 220°C dan turunkan suhu ke 200°C bakar lagi selama 10 minit. ( Kita hanya bakar muffin pada suhu 190°C selama 15-20 minit atau hingga masak ). Sejukkan di atas redai dan siap.
#muffinindahouse
#favzara

Ulasan
Catat Ulasan