Butterscotch Bread Butter Pudding
Puding Roti Butterscotch
Assalamualaikum 🌹. Post di IG pada 18 Nov yang lalu. Akhirnya hp ni berjaya keluar dari bengkel selepas 7hari tak bercas sebab bateri prob. Nak masak semua resepi dalam hp, jadi masak serba ringkas je lah sambil2 selak buku masakan yang lama2 tu.
Memandangkan en.husben dah belikan roti butterscotch dan ada pulak chocolate spread, kita plan nak buat Puding Roti Butterscotch dengan sapuan coklat. Resepi asal menggunakan hazelnut spread tapi dekat rumah ni dah lama tak beli sebab harga spread yang naik dekat RM2. Dulu tak salah dalam RM7 lebih tapi sekarang dah RM9.10 jenama Gardenia. Kalau Nutella dah berbelas ringgit dah.
Sedap resepi ni dan dah banyak kali buat walaupun tak guna roti butterscotch. Selalu gantikan krim dengan susu cair. Jadi kuranglah berlemak dan berkrim puding roti tu. Memang lagi sedap kalau guna krim dan hazelnut spread @Nutella.
Resepi dari IG Abang Danish .
Bahan-bahan:
- 6 keping roti gardenia butterscotch
- Hazelnut spread / nutella (sapu pada roti terlebih dahulu)
- Almond flakes
Bahan (Kastad):
- 2 biji telur
- Secubit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan whipping cream (boleh juga gantikan dengan susu cair)
- 2 1/2 sudu besar brown sugar
Cara-cara:
1. Panaskan oven suhu 150°C. Sapu roti dengan hazelnut spread hingga semuanya habis. Potong roti segiempat sama bentuk rectangle. Susun dalam acuan dan taburkan kismis serta almond.
2. Campur semua bahan kastad dan tuang atas roti tadi. Biarkan selama 5 minit atau hingga kastad meresap ke dalam roti.
3. Tutup acuan dengan aluminium foil dan bakar selama 20 minit. Lagi 10 minit buka penutup dan sambung bakar lagi hingga semua kastad meresap dalam roti. Siap.
#breadpuddingbutterscotch
#breadpuddingbutterscotchchocolatespread
#breadpudding
#pudingroti
Ulasan
Catat Ulasan