Lala Bersos Pedas


Lala Bersos Pedas - Clam with Spicy Sauce



Assalamualaikum. Salam Jumaat 🌹.
Post di IG 18 Nov yang lalu. Rasanya setahun tak masak lala. Lepas cuba resepi dari Majalah Rasa ni, memang tak cari resepi lain dah sebab serasi dengan tekak husben n family kami. Memang wajib simpan elok2 sebab tiap kali ada lala, memang resepi ni jelah yang dicari dulu.

Take Note! Kalau beli lala, sebaiknya terus masak pada hari yang sama untuk kekalkan kesegaran makanan laut tersebut. Jika tidak, bersihkan sisa lumpur pada lala dan frozenkan untuk kegunaan di kemudian hari. Dah kene hari tu, beli lala lepas tu dengan rajinnya pergi rendam semalaman dan keesokkan paginya lala tersebut sudah berbau busuk dan semuanya dah terbuka.




Resepi dari Majalah Rasa.

Bahan-bahan:
- 1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
- 3 ulas bawang putih ~ diketuk
- 1 inci halia ~ dihiris spt batang mancis
- 2 batang serai ~ dihiris serong

Bahan sos
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos ikan

- 2 helai daun limau purut ~ dicarikkan
- sepokok daun ketumbar ~ dihiris kasar
- 1 bj cili merah @ cili padi ~ dihiris
- 1 biji limau kasturi/nipis
- 1/4 cawan air
- garam
- gula
- minyak

Cara-cara:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.

2.Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili garing.

3.Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan. Kacau seketika dan masukkan air.

4.Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

5.Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)

6.Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili padi.
Padamkan api dan kacau. Siap.



#lalabersospedas
#clamwithspicysauce


Ulasan

Catatan Popular