Apam Pisang Gebu


Apam Pisang Gebu



Assalamualaikum 🌹. Throwback post di IG pada 10 Oct yang lalu.10-10-17 cantik tarikh hari tu. Kalau post tu dipost pukul 10pagi, memang cantik habislah.

Tapi masa tak mengizinkan sebabnya tetiba gas dapor habis masa 5 minit masuknya apam-apamku itu ke dalam pengukus. Batch awal memang tak gebu langsung tapi masak jugak lah dengan wap panas tu sementara tunggu tong gas baru sampai. Flat je rupa dipermukaan apam tu dan warnanya pon agak gelap berbanding yang gebu gebas itu.



Misi menghabiskan pisang terlaksana sudah💪💪. Apam berbanding kek, sedap lagi dekat tekak ni makan apam. Sebenarnya tak sabar nak guna blendar baru sampai dari Lazada semalam. Hadiah surprise katanya. 😆. Sengih je bila abam posmen hantar kotak besar depan pintu. Time kasih pd yg empunya diri tu #orangdekatshelfieldtulah. Lain taun kasi lagi na..hihihi.

Resepi apam gebu tersangat sedap ni dari kak @wan_zura_aishah . Tak muak dan main campak semua je dalam blendar.


Resepi dari IG wan_zura_aishah

Bahan-bahan:

Bahan A (cecair):

- 5 biji pisang berangan (gantikan dengan 7-8 biji pisang emas)
-1/2 cawan gula (manisnya sedang elok)
- 3 biji telur gred A (pakai telur 4 biji gred B)
-1 cawan minyak jagung/minyak masak (jenama Mazola)
- 1 sudu kecil esen vanilla

*Hirisan pisang untuk hiasan

- Kisar semua bahan diatas kecuali yg bertanda* hingga hancur sebati

Bahan B(kering):
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil soda bikarbonat

* Ayak semua bahan diatas

Cara-cara:

1) Tuang semua bahan yg dikisar (cecair) ke dalam tepung yg diayak tadi (kering).

2) Kacau guna senduk/whisk bagi rata/sebati adunan ( kaup balik dan jangan overmix ).
3) Acuan lompang disapu sedikit minyak untuk mengelakkan apam melekat pada acuan.Tuang adunan dlm 3/4 acuan.Letakkan hirisan pisang diatasnya.Tekankan sikit (jika perlu). Biarkan 10 minit baru kukus ( masa hari tu penuhkan semua acuan dengan adunan terlebih dahulu kemudian baru kukus ).

4) Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Balut penutup pengukus dengan kain bagi mengelakkan air menitis ke dalam apam. Susun acuan dlm tray pengukus. Kukus selama 15 minit dgn api sederhana besar.

5) Keluarkan apam pisang pisang dari acuan setelah sedikit sejuk. Kemudian bolehlah sapu lagi sedikit minyak dan tuang adunan lebihan tadi jika perlu.

#apampisanggebu

Ulasan

Catatan Popular