Tauhu Sumbat Ayam


Tauhu Sumbat Ayam


Assalamualaikum. Salam Maghrib 🌹. Ini kali kedua buat Tauhu Sumbat Ayam. Memang sedap resepi ni. Resepi asal menggunakan udang jadi kita tukar ke ayam dan tambah sedikit halia. Cicah dengan sos cili thai dan gigit cili padi kalau nak pedas 🔥🔥.


Resepi ni dari IG Shiela Rusly dan Majalah Rasa.

Bahan-bahan:
- 3 biji tauhu putih (digoreng seketika)

* tumbuk hingga lumat
- 16 ekor isi udang (dibuang kulit terlebih dahulu) - ganti ayam cincang *
- 1/2 inci halia *
- 1 ulas bawang putih *

- 1 tangkai daun bawang
- Sedikit lada putih
- Garam dan gula
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 biji telur (dipukul sehingga rata)

Cara-cara:

1. Belah tauhu dua bahagian menjadi 3 segi.

2. Buang sedikit isi tauhu dibahagian tengah untuk memudahkan isi udang dimasukan ke dalam tauhu.

3. Tumbuk isi ayam,halia , bawang putih dan lada putih.

4. Kemudian isi ayam yang dah ditumbuk lumat tadi digaulkan dengan garam dan sedikit gula.

5. Masukan 1 sudu tepung jagung, gaul sehingga rata dan sebatikan adunan tadi dengan daun bawang.

6. Sumbat isi udang ke dalam tauhu, kemudian celup di dalam telur yang telah dipukul rata tadi dan goreng di atas api yang sederhana.

7. Masak sehingga kekuning- kuningan. Siap. *Isi udang tadi boleh dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran, contohnya hirisan cili api, lobak merah, daun sup dan sebagainya mengikut cita rasa anda. Siap.






#tauhusumbatayam
#tauhusumbat
#tauhu




Ulasan

Catatan Popular