Nasi Lemak Pandan
Lama dah tak makan nasi lemak warna hijau. Dari terbiar daun pandan frozen dalam peti ais lama2, baik kisar buat jus pandan untuk nasi lemak. Kita tambah sikit pewarna hijau sebab salah bajet warna. Tengok2, mak ko ijo lak warnanya.
Ada lebih keropok ikan tu, kita join kan je sekali, timun, telur rebus dan sambal sotong kering.
Resepi Sambal Sotong Kering dari Azie Kitchen
* kita masak untuk 2 pax, jadi kita bahagi sukatan bahan menjadi 4
- 4 ke 5 ekor sotong kering - potong kecil
- 3 ke 4 senduk cili kisar
- 5 bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 1 ke 2 inci halia
- 3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
- Garam
- Asam keping/air asam jawa
Cara cara:
1. Sotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10 selama 6 jam diikuti dengan air panas selama 1 jam. Basuh dan potong kecil. ( tak guna air abu pun, hanya rendam dalam air biasa selama 4 jam sebab kita guna sotong kecil )
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing.
3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu da kacau sehingga gula hancur. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air.
4. Masak dengan api perlahan supaya sotong masak dan masukkan garam dan asam. Setelah secukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Siap.
#sambalsotongkering
#sambaltumissotongkering
- garam
- perisa pandan (terpulang jika warna tidak cukup hijaunya)

Resepi Nasi Lemak Pandan
Bahan-bahan
- 2 cawan Beras dicuci dan ditos
- 3 ulas bawang merah - dihiris halus
- 1 inci halia - ditumbuk dan dicampur sedikit air. Perah dan ambil airnya sahaja. (Alternatif yang lain ialah halia hanya dihiris kasar agar mudah dialihkan@dibuang supaya tidak tergigit semasa menikmati nasi lemak tadi)

* dikisar dan ditapis
- 4 helai daun pandan *
- 1 cawan santan sawit * (terpulang jenis santan kesukaan anda)
- 1 cawan susu cair Marigold * (terpulang jenis kesukaan anda)
- air secukupnya (sukatan air bergantung pada jenis beras dan sukatan beras yang digunakan)
- perisa pandan (terpulang jika warna tidak cukup hijaunya)
- 2 helai daun pandan (menambahkan lagi aroma pandan dalam nasi lemak)
Cara-cara
1. Blend daun pandan bersama santan dan susu cair. Tapiskan air pandan tersebut.
2. Campurkan semua bahan kecuali air di dalam periuk nasi.
3. Gaul semua bahan tadi dan tengok sukatan air pandan tadi samada mencukupi atau tidak untuk beras tersebut. Tambah sedikit air jika tidak mencukupi.
4. Masak seperti proses memasak nasi yang biasa. Siap.
#nasilemakpandan
#nasilemakdaunpandan
Ulasan
Catat Ulasan