Pad Kra Pao Gai
Pad Kra Pao Gai (Authentic Thai Basil Chicken)
Assamualaikum. Selamat malam 🌹. Dah tengah malam baru ada kelapangan nak jenguk blog ni. Lagi sekali kita throwback di IG pada 29 Nov yang lalu.
Hujan dari pagi hingga ke malam membuatkan nak berselimut je sambil mengadap tv.
Cite #MYCoffeePrince pulak baru je start membuatkan muka ni nak melekap je depan tv. Rindu betul cite ni sebab masa layan cite ni, kira zaman-zaman muda remaja dan baru je mula bekerja. Masa tu tumpang pulak rumah adik @zette_aqm . Nak jadikan cite mula terjebaknya menonton drama korea yang berhantoo ni terjadi ketika balik kerja yang super stress time tu. Adik manis ni pulak pantang tengok kekandanya ni stress time balik kerja. Jadi dia pon mula lah soh layan drama korea berpuluh episod tu.
Mula-mula tu biasa-biasa je. Tapi lama kelamaan ketagih katakau. Kalau dah folo, memang payah nak miss cite ni. Memang berhantoo.😆😆. Suka sangat watak budak tomboy tu sebab dia seorang yang rajin bekerja dan seorang yang tak mudah putus asa. Kire pembakar semangat membara-bara betul time tu. Akhirnya melarat-larat layan drama korea ni sampai lah ke running man.
Ok, kita stop pasal drama korea dan sambung pasal sejenis makanan dari negara Thai ni pulak. Pad kra pao gai ni sejenis lauk simple dan digoreng bersama daun selasih thai atau kemangi. Wangi dan mesti dipadankan dengan telur goreng dan nasi putih.
Sebelum ni dah cuba guna daging cincang pon sedap jugak. Thai food memang sedap teramat dan sekali dah suka jatuh hati selamanya. Kelainan kali ni kita gandingkan pad kra pao gai bersama egg roll dan nasi putih. Egg roll tu sebenarnya berasal dari negara jepun takpun korea kalau tak salahlah. Bila kita gabungkan sekali memang sedap la jugak sebab apa pun egg roll tu pon telur jugak. Next time kita post tentang egg roll pulak 😊.
Resepi ni dari eatingthaifood.com.
Bahan-bahan:
- 1 dada ayam @ 200 grams +/- dicincang atau didadukan
- 5 ulas bawang putih
- 4 ke 10 biji cili padi Thai
- 1 sudu besar minyak menggoreng
- 1 sudu besar sos tiram *
- 1/2 sudu teh kicap cair *
- 1 - 2 sudu besar sudu besar kicap kipas udang *
- 1/2 sudu teh gula * @
( optional : tambah 2 sudu besar sos cili Thai *
1 sudu besar sos cili * )
* campur semua bahan * dan kacau hingga sebati
- Segenggam daun selasih Thai @ daun kemangi
Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi Thai hingga hancur tetapi tidak lumat.
2. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Kemudian masukkan ayam cincang @ dadu ke dalam kuali. Kacau hingga setengah masak.
4. Masukkan pula bahan sos tadi dan kacau hingga semuanya sebati. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.
5. Apabila ayam sudah masak, masukkan daun selasih tadi dan terus kacau dalam 30 saat sahaja. Terus TUTUP API. Haba yang ada akan membuatkan daun selasih terus layu. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih dan telur goreng mata.
#padkrapaogai
Ulasan
Catat Ulasan