American Hotcakes


American Hotcakes - Pancake Amerika


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Alhamdulillah, sakit tekak dah hilang, cuma batuk dan selesema je yang masih tinggal dekat tekak ni. Gigihkan juga petik dapur gas selepas seminggu tak usik dapur. Jangankan usik, masuk pun cuci tangan je. Lain-lain semua sang suami yang uruskan. Mengalahkan orang demam la pulak..hehehe 😆. 
Tapi tak demam pun sebenarnya. Cuma rasa sakit-sakit badan, sejuk sepanjang masa dan kepala beratnya time kene tu. Bila check suhu, normal. Doc kata tanda-tanda nak demam la tu dan dapatlah ubat seplastik. Bab ubat tu, memang sentiasa mengelat nak habiskan. Ubat sakit tekak je berjaya dihabiskan dengan cemerlang. Ubat selesema tak makan sangat sebab bila makan, mengatoknya alahai jangan kata nak jaga, nak buka kelopak mata pun payah.




Memandangkan tekak masih belum elok sepenuhnya dan selesa makan pun tawar je. Tercetus idea nak makan makanan yang tak pedas tapi tak berapa manis. Pancake lah jawapannya. Tapi ni bukan sebarang pancake ye. Pancake ni namanya Pancake Amerika sebab pancake jenis inilah menjadi kegemaran orang Amerika. Gebu gebas dan lembut sangat texture pancakenya. Memang tak muak dan kekal lembut sampai ke esoknya. Nak makan macam tu je pun sedap, nak cicah dengan maple sirap atau madu pun sedap. Pancake ni tak berapa manis sebab dah kurangkan sukatan gulanya.




Resepi dari IG rozietahasan78

Bahan-bahan:

- 11/2 cawan tepung naik sendiri (gantikan tepung superfine + 1 sudu teh baking powder)
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
- 2 sudu teh gula kastor (ganti 2 sudu besar gula perang)
- 2 biji telur
- 1 cawan susu segar (Marigold Fullkrim)
- 60 gram mentega cair (mentega SCS)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kering (tepung, baking powder, garam dan gula) di dalam mangkuk. Kacau rata.

2. Campurkan semua bahan cecair (telur, susu dan mentega cair) dan kacau hingga rata.

3. Buat lubang ditengah pada bahan kering tadi dan campur bahan cecair. Kacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.

4. Rehatkan selama 20 minit.

5. Masak menggunakan api kecil (tanpa minyak) dan tuang 1 senduk adunan dalam kuali leper. Tunggu ada gelembung kecil, baru terbalikkan. Siap.






#americanpancake
#americanhotcakes
#pancake


Ulasan

Catatan Popular