Mufin Pisang Butterscotch
Mufin Pisang Butterscotch - Butterscotch Banana Muffin
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Late entry lagi uols. Teringin nak makan mapin sebenarnya. Sedap, tak terlalu manis dan gebu gebas. Resepi kali ni wajib kompem jadi mufin pisangnya. Wajib repeat kalau ada stok pisang di dalam rumah. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Tak perlu mixer, kacau hingga berpeluh atau tenaga yang banyak. Hanya perlu vitamin Rajin je 😆.
Dalam resepi ini, kita menggunakan pisang berangan. Jika nak gunakan pisang emas pon boleh tapi penggunaan gula bolehlah dikurangkan sedikit bergantung pada kemanisan pisang tersebut. Jika sukakan kismis, sultana atau coklat chip , bolehlah ditambah pada mufin tersebut menggantikan cranberi dan buttercotch chip.
Semasa proses mengadun mufin ni, kita terlupa nak campurkan mentega cair dalam adunan. Patutlah adunan terasa sangat padat dan berat walaupun dah kacau ala-ala manja sebab takut mufin jadi keras pulak kalau kacau beriye-iye sangat. Dengan tawakal, pergi tambah 1 lagi telur supaya adunan jadi smooth dan ringan. Tapi dalam hati masih risau kalau mufin jadi sekeras batu 😆. Tetibe masa tengah mengacau adunan yang baru dicampur telur tu, terlintas rupanya takde mentega cair lahh. Alamak....dah malas nak capai periuk untuk mencairkan mentega. Kita fikir, pakai je lah minyak bunga matahari dalam almari tu je. Lagi senang, mudah dan tak banyak bende nak basuh nanti.
Ternyata resepi ni terbukti menjadi walaupun tak ikut step dan ditambah pula 1 lagi telur. Tetap gebu, ringan dan sedap. Wajib disimpan jika teringin nak makan mufin lagi. Mungkin bahan pisang boleh diganti dengan puri labu. Mesti sedap jugak. Tak cuba tak tahu. Maybe next project kita mufin labu pulak.
Resepi dari FB Masak Apa Hari Ni
- 1 cawan pisang berangan - dihancurkan
- 2 biji telur gred B - dipukul sedikit
- 1/3 cawan mentega cair (gantikan dengan minyak bunga matahari)
- 1/4 cawan gula perang (boleh diganti dengan gula kastor atau gula pasir)
- 1 1/2 cawan tepung superfine (boleh diganti dengan tepung gandum)
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- sedikit garam
- 1 sudu teh esen vanila
- sedikit cranberi kering (optional)
- sedikit butterscotch chip (optional)
Cara-cara:
1. Ayak bahan-bahan kering (tepung superfine, serbuk penaik dan soda bikarbonat) ke dalam mangkuk.
2. Masukkan garam, butterscotch chip dan cranberi keeing ke dalam mangkuk berisi tepung.
3. Campurkan pisang, telur, gula, esen vanila dan mentega cair ke dalam satu mangkuk berlainan. Kacau hingga semua sebati.
4. Masukkan bahan basah tadi ke dalam mangkuk tepung. Kacau rata guna spatula tetapi jangan terlalu lama nanti mufin akan keras.
5. Tuangkan adunan 3/4 bahagian ke dalam acuan mufin, taburkan topping kesukaan seperti cranberi kering dan butterscotch chip di atas mufin dan bakar selama 15-20 minit suhu 170°C. Siap
#mufinpisang
#mufingebu
Ulasan
Catat Ulasan