Roti Rangup Berlauk


Roti Rangup Berlauk



Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Cuaca sekarang yang tak menentu ni membuatkan ramai terkena demam, selesema dan batuk. Termasuklah ibu pada 2 anak kecil ni. Pembawakan si anak dari sekolahnya. Zara Alhamdulillah kuat antibodinya. Sekadar selesema tapi tidak seteruk mana. Virus Zara telah berjangkit pada ibunya ni. Langsung menggigil bagaikan terkena demam padahal tidak pun. Doktor kata mungkin tanda-tanda nak demam lah tu. Sakit tekak teramat sangat sampaikan suara hampir-hampir tenggelam timbul. Dah macam kene pakai bahasa isyarat la pulak bila bercakap dengan husben. Nak suruh anak kemas mainan punya lah payah. Suara kene padu, baru anak dengar arahan. Ini dah macam suara itik kepit je 😆.



Disebabkan tekak yang sakit dan batuk pun baru nak mula. Selera mulalah merayau-rayau mencari mana satu yang berkenan di tekak bukan di hati tau. Tertengok di FB, resepi roti rangup berlauk ni viral sekejap di merata-rata page. Nak buat pun mudah dan boleh ikut kreativiti sendiri nak letak inti apa pun.Kebetulan roti gandum ada lagi atas meja tu. Memang cantiklah. Kalau pakai roti putih lagi rangup rasanya dan tak berapa heavy hidangannya. Anak-anak pasti suka. Cuma jangan diletak cili padi pada intinya. Sesuai untuk dihidang pada waktu pagi, petang atau snack ketika melayan drama My Coffee Prince 😆.




Resepi diilham dari FB Masak Apa Hari Ni 

Bahan-bahan:

- Roti putih (ganti roti gandum)
- Tepung Bestari Perisa Original
- Sedikit air

Bahan Inti:

- 2 biji telur - digoreng tanpa minyak menjadi telur scramble
- Ayam - direbus dan dicincang kasar (ganti dengan ikan dory goreng)
- Sosej - direbus dan dihiris (tak letak)
- Daun ketumbar / daun sup (gantikan dengan daun bawang)
- Lobak merah - dihiris halus / disagat kasar
- Mayonnaise secukupnya
- Serbuk lada hitam / lada putih secukup rasa
- 1/2 labu bawang holland - dicincang halus (optional)

Cara-cara:

1. Bancuh tepung bestari bersama sedikit air. Ini untuk dijadikan sebagai bancuhan untuk mencelup roti berlauk nanti.Adunan mestilah tidak terlalu pekat atau cair.

2. Letak lebih kurang 1 cawan tepung bestari sebagai bahan kering untuk dicelup selepas dicelup pada bancuhan tepung yang cair tadi.

3. Satukan semua bahan tadi hingga semuanya sebati.

4. Potong 2 roti dan letak inti pada 1 bahagian. Tutup roti tersebut. 

5. Celup roti berlauk tadi ke dalam bancuhan tepung.Salut pada semua bahagian agar inti tidak terkeluar semasa goreng nanti.

6. Golekkan pada tepung kering pula. Buat hingga semua inti dan roti habis.

7. Panas minyak hingga betul-betul panas. Goreng hingga roti menjadi garing dan keemasan. Toskan minyak pada roti. Siap.


#rotiranguperlauk
#roticeluptepung



Ulasan

Catatan Popular