Big Breakfast
Big Breakfast
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Nama menu ni memang big breakfast sebab teringatkan hidangan brekafast mekdi masa zaman blaja dolu-dolu. Ada sosej, english muffin, telur scramble dan disapu dengan jem blueberi. Heavynya rasa. Patut dolu badan kembang leh tahan jugak 😆.
Patutnya plan nak buat menu baked bean je tapi bila dah masak baked bean ni, tiba-tiba teringin nak makan garlic bread, scramble egg dan beef pastrami. Yummy, memang berbaloi duduk dalam dapo lama-lama. Takde la lama sangat pun 😆.
Sebelum ni, kita pernah buat roti baguette bawang putih. Lebihan sapuan bawang putih tu, kita frozenkan dan bila nak guna, hanya defrostkan kejap dan wallah, dah siap garlic baguette kita. Mudah, cepat dan yang paling penting sedap 👍.
Telur scramble tu semua tahu buatkan? Bahan pentingnya ialah telur. Opkos, kalau tak, tak jadilah telur scramble 😆. Pukul telur, masukkan mayonnaise jika mahu, garam dan black pepper. Masak dengan minyak yang sedikit. Kacau telur hingga menjadi sebijik dalam gambar di bawah 👇. Beef pastrami boleh didapati di bahagian sejuk beku di mana-mana supermarket. Hari tu beli dekat mydin je.Tak nak beef pastrami, boleh gantikan beef streaky ke, turkey slice ke, terpulang pada citarasa sendiri.
Resepi Baked Bean Garlic
- 1 tin Baked Bean (jenama Ayamas)
- 1 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 ulas bawang kecil - hiris nipis
- sedikit air
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan baked bean dan sedikit air. Kepekatan kuah terpulang pada citarasa sendiri.
3. Perasakan dengan garam jika mahu sedikit masin. Kacau sekejap dan siap.
Ulasan
Catat Ulasan