Mushroom Soup - Sup Cendawan Berkrim



Mushroom Soup with Garlic Baguette (Sup Cendawan Berkrim bersama Roti Baguette Bawang Putih)

Assalamualaikum. Salam sayang 2018 🌹. Alhamdulillah, Allah pinjamkan nyawa dan tubuh badan yang sihat lagi untuk kita melangkah masuk ke tahun 2018. Kejap masa berlalu, anak yang kita kandung selama 9 bulan 10 hari pun telah berjaya menempuh alam baru iaitu alam persekolahan. Walaupun bukan betul-betul lagi, orang dulu-dulu kata sekolah makan sebab kejap makan, kejap main, makan lagi, belajar abv kejap..balik 😄. Happynya kan zaman dulu. Takde pressure untuk si anak nak kene tahu membaca cepat lah, cepat mengira lah. Tau-tau anak-atau tu berjaya je masuk U dan kerja pun bagus. Didikan orang zaman dahulu memang tip top 👍.


Takmo cite panjang meleret, kita share menu pertama sempena tahun 2018 iaitu sup cendawan berkrim untuk dicicah bersama roti baguette bawang putih atau nama glamornya ialah mushroom soup with garlic baguette. Roti baguette lagi sedap di makan bersama sup cendawan berkrim ni sebab texturenya yang agak crunchy dan berperisa berbanding roti sandwish biasa. Terpulang pada selera masing-masing.


Jika tiada roti baguette, roti sandwish biasa pun boleh digunakan. Sapukan garlic marjerin spread atau garlic mentega spread tu pada roti, kemudian potong roti memanjang macam bread stick. Bakar hingga rangup atau kuning keemasan warna rotinya. Baru senang nak celup dalam sup. 😍.




Resepi Mushroom Soup ( Sup Cendawan Berkrim )

Bahan-bahan:

-2 sudu mentega
-2 sudu tepung gandum
-1 mangkuk stok ayam @ udang - rebus kulit udang atau kepala bersama 1 mangkuk air dan biarkan mereneh hingga air kurang menjadi separuh mangkuk.
-1 labu bawang - hiris kasar
-3 ulas bawang putih - hiris kasar
-1 @ 2 bungkus cendawan shimeji. - guna 1 bungkus je sebab takde stok di rumah
-1/2 kuib ayam
-1/2 tin susu cair
-Sedikit serbuk lada hitam
-Sedikit serbuk lada putih (optional)

Cara-cara:

1. Panaskan periuk dan letakkan mentega. Tunggu hingga mentega cair dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga tepung tadi masak (jangan biarkan tepung bertukar coklat, nanti tepung hangus).

2. Segera masukkan stok udang tadi dan kacau hingga tepung tadi sebati.

3. Biarkan mereneh sekejap,masukkan bawang besar, bawang putih dan cendawan. Biarkan sehingga bawang menjadi lutsinar. Tutup api. Sejukkan sebentar.

4. Masukkan adunan sup tadi ke dalam blendar. Kisar mengikut citarasa sendiri. Tuang semua sup tadi ke dalam periuk dan panaskan semula.

5. Letakkan susu cair, serbuk lada hitam dan putih serta kiub ayam. Seimbangkan rasa. Jika mahukan sup yang pekat, masak lama sedikit. Siap.





Resepi Roti Baguette Bawang Putih (Garlic Bread Baguette)

Bahan-bahan:

-1 roti baguette - dipotong serong setebal 1 inci
-Mentega secukupnya
-2 ulas bawang putih
-Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih hingga halus.

2. Campurkan semua bahan tadi termasuk bawang putih tumbuk ke dalam 1 mangkuk kecil. Gaul rata.

3. Sapukan pada roti. Terpulang nak sapu sebelah roti atau kedua-duanya.

4. Bakar dalam oven 180°C selama 10minit atau roti menjadi keemasan. Boleh juga di masak di atas dapur hingga roti menjadi garing. Siap.




#garlicbread
#garlicbaguette
#mushroomsoup
#supcendawan

Ulasan

Catatan Popular