Lontong Goreng


Lontong Goreng


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Entri yang terlewat MRT untuk hari ni 😆. Lontong Goreng in da house. Alhamdulillah, merasa jugak makan lontong goreng hasil air tangan sendiri. Misi menghabiskan ketupat mini akhirnya tercapai. Sedap pulak tu. Ni namanya masuk lif tekan sendiri 😄. Tapi memang kene dengan citarasa tekak ni. Next time kalau ada lebih nasi impit atau lontong ke boleh lah try resepi lontong goreng ni.




Kalau ada seafood seperti udang, sotong atau isi ketam pasti lagi sedap. Yum yum. Terliur pulak bila teringat lontong goreng ni 😆. Tidak terlalu pedas sebab penggunaan cilinya tidak terlalu banyak. Dalam rumah ni, hanya chep je yang makan pedas. Anak dara ni pun tak makan. Maklumlah kanak-kanak ribena. Jadilah sepinggan ni sememangnya khas untuk perut si ibu sahaja. Alhamdulillah. Memang kenyang sangat.




Resepi diilham dari izahdaut.blogspot.my

Bahan-bahan:

- 10 bungkus nasi impit - direbus hingga masak
- 2 sudu besar udang kering - diblend @ ditumbuk tanpa air
- 4 sudu besar cili kisar
- 1 labu bawang besar - dikisar
- 6 ulas bawang putih - ditumbuk
- 3 ulas bawang merah - ditumbuk
- udang basah (takde)
- 1 mangkuk isi ayam

- 1 fish cake - hiris nipis (optional)
- 1 mangkuk kobis
- sawi (takde)
- 1/2 batang carrot (optional) - hiris panjang
- 2 sudu besar kicap manis

- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu besar cili sos
- sedikit garam
- 2 biji telur - digoreng hancur terlebih dahulu
- sedikit bawang goreng - hiasan
- sedikit lada merah - hiasan

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dan tumis merah merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus.

2. Masukan bahan kisar (cili kisar dan bawang besar) dan masak hingga terbit minyak.

3. Masukan fish cake dan isi ayam kacau hingga masak.
4. Letakkan carrot dan kobis dan masak sekejap.

5. Masukan nasi impit yang sudah di potong 4. Tuang kicap manis, sos tiram dan sos cili.
6. Kacau semua bahan hingga sekata. Jangan kacau lama sangat, nanti nasi impit jadi lembik. Last sekali perasakan dengan garam dan masukkan telur hancur tadi. Gaul lagi.

7. Siap dan tabur bahan hiasan.



#ketupatgoreng
#lontonggoreng

Ulasan

Catatan Popular