Sotong Celup Tepung Tanpa Meletop


Sotong Celup Tepung - Crunchy Fried Squid


Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Menu kedua untuk tahun 2018 adalah Sotong Celup Tepung. Menu yang sangat sedap dan boleh dikatakan setanding di kedai kata en husben lah..hehe 😆. Part paling best ialah bila kita goreng sotong tu, takde dah sotong meletop-letop di dalam kuali dan bertaburan minyak atas lantai lagi. Memang sangat ohsem. Bahan-bahan yang digunakan pun sangat mudah didapati dan berbaloi. 




Rangup, cair di mulut bak kata cef dalam cerita masakan. Satu je kene jaga semasa menggoreng sotong, jangan terlalu lama proses menggoreng sotong tersebut. Ia akan membuatkan sotong liat dan kenyal tak ubah macam makan getah yang keras. Jadi, masak dalam jumlah yang ingin dimakan sahaja, jika tidak sotong akan terlebih masak jika dipanas berulang kali. Kita dah pernah rasa sotong liat dan keras macam tu sebab kita pernah panaskan sotong buat kali kedua dan memang liat sungguh. Kalau yang pakai gigi palsu tu memang kompem boleh tertanggal 😄.




Resepi di ilham dari Majalah Rasa

Bahan-bahan perapan:
- 1/2 kg sotong - dibersihkan,dihiris dan dibuang kulitnya
- 1 1/2 sudu besar cuka makan (boleh gantikan dengan cuka epal atau cuka kurma)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih 
- 1 sudu teh garam bawang putih (garlic salt - boleh didapati di Tesco) * boleh gantikan dengan 2 ulas bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam.

Cara-cara :

1. Sotong dibersihkan, dihiris dan ditos sebentar.

2. Masukkan cuka makan dan kacau sebentar.

3. Satukan semua bahan lain seperti garlic salt, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih di dalam satu mangkuk. Satukan sotong tadi ke dalam mangkuk tersebut dan biarkan selama 10 minit untuk mengeluarkan air sotong. 

4. Boleh dibiarkan diluar atau di tutup dan di sejukkan di dalam peti selama 10 minit.


Bahan-bahan tepung:

- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung bestari perisa original (optional)
- 1 sudu teh garam bawang putih (boleh gantikan dengan garam biasa)
- sedikit serbuk kunyit
- sedikit serbuk lada hitam
- sedikit serbuk lada putih
- 1 biji telur

Cara- cara:

1. Satukan semua bahan KECUALI telur. Gaul hingga semuanya sebati.

2. Dalam satu mangkuk yang lain, pecahkan telur dan kacau sebentar tetapi hanya sekejap sahaja. Jangan terlalu lama, ia membuatkan sotong tidak melekat pada tepung.

3. Masukkan sotong ke dalam telur tadi.

4. Celupkan satu persatu sotong ke dalam adunan tepung dan bolehlah digoreng.

5. Jangan goreng dalam jumlah yang banyak, ia menyebabkan sotong tidak rangup dan jangan goreng terlalu lama. Siap.




#sotongceluptepungrangup



Ulasan

Catatan Popular