Puding Roti Dulce de Leche
Puding Roti Dulce de Leche - Dulce de Leche Bread Pudding
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Hari silih berganti dan kita dah nak sampai ke penghujung bulan Januari 2018. First time kita try baked puding roti berkuah kastad. Resepi asalnya kita menggunakan susu pekat manis tapi memandangkan kita malas nak buka tin baru susu pekat manis, jadi kita gantikan dengan dulce de leche. Berbaloi-baloi sangat apabila dah rasa puding roti ni. Sangat sedap!!! 😍.
Bagi mendapatkan dulce de leche ni, ada 2 option tau. Pertama keluarkan duit dari poket dan shopping je dekat mall. Memang ada jual Dulce de Leche ni. Dulce de Leche ni berasal dari Afrika Selatan. Sememangnya agak manis dan rasa berkaramel. Wangi baunya.
Option kedua adalah dengan membuatnya sendiri dirumah. Pertama sekali mesti dapatkan susu pekat manis yang berpenutup seal penuh. Bukan yang macam penutup tin air berkabonat tu tau. Hari tu kita beli Susu Pekat Manis Teapot. Basuh bersih-bersih tin tu dahulu. Kemudian penuhkan air dalam periuk yang boleh memuatkan tin tersebut.
Rendamkan tin dengan air sampai tenggelam. Panaskan di atas dapur dengan api paling kecil dan masak hingga 3 ke 4 jam. Sekali sekala golek-golekkan agar karamel dalam tin sekata warnanya. Lagi lama susu pekat manis tu dimasak, lagi pekat warnanya. Sejukkan semalaman. Tadaa, dah siap Dulce de Leche. Simpan dalam peti sejuk setelah ditransfer ke bekas yang lain.
Resepi diilham dari resepi Puding Roti Bakar
- 7-8 keping roti
- 500 ml susu segar *
- 4 sudu besar Dulce de Leche *
- 2 biji telur *
- 1 sudu teh esen vanilla *
- 2 sudu besar mentega (cairkan) (jenama Anchor) *
- 3 sudu besar kismis (campur kismis Sultanah dan kismis hitam)
- 1 sudu besar butterscotch chip
Cara-cara (Puding Roti):
Cara-cara (Puding Roti):
1. Panaskan oven suhu 180°C api atas bawah.
2. Potong roti secara kiub dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
3. Satukan bahan bertanda (*) di dalam satu mangkuk. Kacau hingga semua bahan sebati.
4. Campur adunan tadi ke dalam mangkuk berisi roti. Tuang sedikit kismis. Tinggalkan sedikit untuk topping.
5. Biarkan ia terendam buat seketika. Tuang adunan ke dalam bekas yang sudah di gris dengan mentega.
6. Taburkan kismis dan butterscotch chip (jika mahu). Bakar selama 30 minit atau hingga masak. Cucuk lidi di tengah dan jika ia kering maka ianya sudah masak.
Bahan-bahan Sos Kastard:
- 1 cawan susu cair
- 1/4 cawan air
- 1 1/2 sudu besar tepung kastad
- 1 1/2 sudu besar Dulce de Leche
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk terlebih dahulu sehingga semuanya larut.
2. Panaskan periuk di atas api sederhana dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing).
3. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
- 1 cawan susu cair
- 1/4 cawan air
- 1 1/2 sudu besar tepung kastad
- 1 1/2 sudu besar Dulce de Leche
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk terlebih dahulu sehingga semuanya larut.
2. Panaskan periuk di atas api sederhana dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing).
3. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
#Pudingroti
#Dulcedeleche
#Breadpudding
Ulasan
Catat Ulasan