Kailan Ikan Masin Ala Thai


Kailan Ikan Masin Ala Thai


Assalamualaikum. Selamat pagi 🌹. Lamanya tak jenguk blog sendiri. Alhamdulillah, hari ni baru ada kekuatan sikit nak taip panjang menjela macam ni. Kalau tak, terbaring dan berbungkus je dalam toto. Sejuk 😨. Anak bawak balik virus selesema, habis berjangkit ke adik dan ibunya sekali. Nasib baik lah papanya antibodi kuat sikit. Kalau tak, memang pakat dok kat rumah je lah semuanya.




Entri tentang Kailan Ikan Masin ni patutnya dah lama siap tapi apakandaya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Dah dekat seminggu, ibunya ni selesema, lepas tu sakit tekak yang teramat. Makan fisherman pun tak jalan. Sudahnya surrendar pergi juga ke klinik. Tetiba batuk pulak datang. Tambahan, mesia sekarang mengalami cuaca sejuk. Memang sejuk betul. Tak payah bukak kipas, tutup pintu pun still sejuk. Pembawakan angin dari Tanah Besar China. Air memang sebijik macam dalam peti ais. 

Masa kita masak Kailan Ikan Masin ni, kita gandingkan sekali dengan Sotong goreng tepung @ celup tepung. Memang sedap kalau makan dengan nasi panas. Rindu pulak nak memasak tapi badan tak berdaya lagi nak ke dapur. Ngalahkan orang demam pulak kan?😆.




Resepi dari fb Resepi Memikat Suami

Bahan-bahan:

- 2 ikat sayur kailan (ambil pucuk kailan yang berbunga sahaja)
- 2 cm ikan masin (seelok-eloknya ikan tenggiri tapi kita gantikan dengan ikan kurau) - dipotong kecil-kecil
- 2 biji bawang merah - dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
- 2 biji cili padi - diketuk
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- sedikit minyak bijan

Cara- cara:

1. Goreng ikan masin hingga betul-betul garing. 

2. Kemudian, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis tadi. Goreng hingga layu.

3. Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.

4. Apabila sudah sebati, masukkan sos ikan dan kacau lagi.

5. Masukkan sayur kailan tadi dan kacau hingga sayur masak. Siap. Garam taj diperlukan sebab semua bahan sudah masin.





#kailanikanmasin


Ulasan

Catatan Popular