Gyeranppang
Gyeranppang - Korean Egg Bread
(๊ณ๋๋นต)
(๊ณ๋๋นต)
Masa mula-mula en husben nampak, muka dia memang obviously nampak benda pelik je tapi bile dah makan, die jugak yang tolong habiskan. Roti ni rasa manis dibahagian bawahnya dan rasa sedikit masin berlemak dibahagian atas roti tu.
Bahagian bawahnya texture sebijik macam kek dan atasnya masin dan berlemak sebab disebabkan kuning telur, pepperoni atau daging nipis dan garam. Next time boleh buat lagi tapi sukatan gula wajib dikurangkan sebab kalau ikut sukatan asal memang agak manis pada tekak ni dan cepat muak.
Resepi dari messywitchen.com.
Bahan-bahan:
Bahan (roti):
- 3/4 cawan tepung gandum
- 2 biji telur saiz A ( untuk adunan di bahagian bawah)
- 1/2 cawan mentega cair
- 1/3 cawan gula
- 1/4 cawan susu
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/4 sudu teh esen vanila
* sedikit mentega untuk disapu pada acuan
Bahan (topping):
- 6 biji telur ( terpulang pada berapa banyak acuan yang dapat diisi )
- sedikit turkey sandwish @ daging nipis
- sedikit daun sup ( boleh diganti dengan daun ketumbar @ daun bawang )
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam kasar
Cara-cara:
1. Panaskan oven suhu 200°C. Masukkan 2 biji telur dan gula ke dalam mangkuk. Kacau hingga semua gula larut.
2. Masukkan pula tepung gandum, serbuk penaik, esen vanila, mentega cair dan susu ke dalam mangkuk yang sama. Gaul rata dan pastikan tiada ketulan tepung di dalamnya.
3. Sapu acuan gyeranppang dengan mentega cair. Jika tiada acuan tu, boleh gunakan acuan muffin atau cupcake.
4. Tuang adunan tadi ke dalam acuan sama rata lebih kurang 1/4 penuh.
5. Pecahkan telur sebiji demi sebijik ke dalam acuan dan taburkan daging nipis, daun parsley, garam dan serbuk lada hitam.
6. Bakar dalam oven pada suhu 200°C selama 15 minit.
7. Tutup suis oven dan biarkan gyeranppang di dalam oven selama 5 minit lagi. Hidangkan.
#gyeranppang
#koreanfood
#eggbread
#koreanfood
#eggbread
Ulasan
Catat Ulasan