Fried Rice Vermicelli with Mustard Seed


Mihun Goreng Biji Sawi


Assalamualaikum. Asal isnin je nak monday blues 😆. Kita suka makan mihun simple macam ni. Mihun goreng yang ada biji sawi dan ada cili kering di dalamnya sebagai penambah perisa pedas yang tak pedas mana pon. Bila makan tu tergigit ikan bilis goreng garing memang sedap kat tekak ni.



Resepi ni dapat masa duduk dengan mak angkat zaman muda remaja dulu. Kalau makan dengan ikan goreng pon sedap terutamanya ikan tenggiri goreng tak pun dengan ikan yu goreng.


Resepi mihun goreng ni sebenarnya agak putih tapi memandangkan kita guna semula minyak gorengan sebelumnya tu, jadi warnanya lari sikit. Agak kekuningan warnanya hasil dari kunyit.

Pastikan jumlah garam, perisa atau serbuk pati ayam dilebihkan sedikit sebab ini yang menaikkan rasa mihun tu. Kalau tak, memang rasa tawar je. Lagi satu nak kabo, CILI PADI atas tu hasil tuaian dari pasu ikea kita tau 😍. Akhirnya merasa jugak cilinya yang memang pedas berapi. My omak yang belikan anak pokok tu dan Alhamdulillah kekal sampai sekarang 😄.


Bahan-bahan:

- 1 bungkus mihun - direndam hingga lembut
- Segenggam cili kering - gunting pendek2
- 1 sudu besar biji sawi
- Segenggam ikan bilis - goreng hingga garing
- Garam
- Serbuk ayam @ kiub ayam @ pasti sedap @ cukup rasa @ sewaktu dengannya
- optional jika minat sayur dalam mihun : carrot yang disagat halus / kubis yang diracik halus

Cara-cara:

1. Tumis biji sawi dengan api kecil supaya tak hangus dengan sedikit minyak goreng ikan bilis tadi. Tutup kuali kejap dan biarkan dia meletup2 sampai dah ada bunyi lagi. ( Step wajib kalau tak nak satu dapur bertebaran biji sawi )

2. Masukkan cili kering dan kacau kejap. Masukkan carrot sagat tadi dan kacau lagi.

3. Masukkan mihun, garam dan serbuk ayam. Kacau hingga semua sebati. Tambah ikan bilis goreng dan rasa agar semua rasa cukup. Siap. Tambah daun bawang kalau nak.

#mihungorengbijisawi 
#mihungoreng

Ulasan

Catatan Popular