Sambal Gesek Goreng


Sambal Gesek Goreng



Assalamualaikum. Salam Asar 🌹. Menu simple tapi menyengat dekat telinga sebab pedas berdesing-sing. Teringin nak makan sambal gesek sebenarnya tapi tak nak makan ikan bilis mentah 😊. Ngengada la pulak😆. Padahal dari kecik dah melantak sambal gesek nismilan baru hari takmo pulak makan ikan mentah😆.




Masa jalan-jalan di gugel, terjumpe resepi dari Seismik Makan. Dalam web tu ada resepi siap video cmne nak buat resepi sambal gesek goreng ni. Kita pair kan dengan sup fucuk,suun dengan kentang. Alhamdulillah. Kalau time hujan ni, apa bende terhidang licin.

Kalau tak habis sambal ni, esoknya boleh je kapitkan roti dengan sambal ni. Memang pedas menyengat dan kompem habis dengan jayanya.


Resepi dari Seismik Makan

Bahan-bahan:

- 3 sudu besar ikan bilis ( ambil segenggam je )
- 2 biji cili merah
- 10 biji cili padi merah (terpulang nak pedas mana)
- 1 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci belacan
- 1 biji limau ( pakai limau kasturi )
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula

Cara-cara:

1. Tumbuk kasar ikan bilis, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan belacan.

2. Goreng sehingga garing.

3. Masukkan garam dan gula, perahkan jus limau, dan gaul.

Ni versi kita :-

1. Goreng semua bahan-bahan tadi secara berasingan kecuali limau,gula dan garam hingga garing terutama ikan bilis. Ketepikan.

2. Ikan bilis dibahagi 2, satu untuk tumbuk, satu dibiarkan sahaja untuk texture.

3. Tumbuk bahan-bahan lain hingga hancur, baru masuk ikan bilis yg nak ditumbuk. Campur dengan bahan lain ikan bilis lebihan tadi dan perahan air limau. Nak masam lebih, tambah air limau. Siap.

#sambalgesekgoreng
#sambalgesekmoden

Ulasan

Catatan Popular