Mee Goreng Sedap
Mee Goreng Sedap Baq Hang
Assalamualaikum. Selamat petang 🌹. Misi masih diteruskan untuk share satu lagi resepi menarik tetapi sedap. First time masak mee goreng style macam ni. Bahan yang digunakan hampir sama macam masak kuew teow goreng. Walaubagaimanapun, bahan-bahan tu tak wajib atau terlalu rigid nak kene guna bahan yang sama je. Jangan stress tau, kita kenelah kreatif sikit dengan gantikan bahan lain asalkan jangan terlalu menukar bahan sangat, takut-takut dah jadi resepi la pulak 😄.
Tahap kepedasan bergantung pada jumlah cili blendar yang digunakan. Kalau suka pedas, bolehlah tambah. Jika tidak, cuma letak dalam 2 ke 3 sudu besar sudah memadai bergantung pada jumlah mee kuning yang mahu dimasak. Rasanya jika gantikan mee kuning dengan spagettini mungkin rasanya lagi sedap dan lebih menyihatkan.
Resepi diilham dari IG rosehayatie_
Bahan-bahan:
- 1 bungkus mee kuning (dibasuh dan ditos terlebih dahulu)
- 1 cawan daging (batang pinang)
- 1 ikat sayur sawi / pak choy
- segenggam taugeh
- 2 biji tomato (saiz sederhana)
- 1 ketul tauhu petak (dihancurkan)
- 5/6 fishball / 1 ketul fishcake
- air secukupnya
- garam dan perisa
- 1 labu bawang besar *
- 4/5 ulas bawang putih *
- 3 sudu besar cili blendar *
* kisar semua bahan ini
Bahan (sos):
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar kicap pekat / kicap cooking caramel
Cara-cara:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan blendar hingga pecah minyak.
2. Masukkan pula daging dan kacau hingga daging sedikit lempuk jika tidak menggunakan daging batang pinang.
3. Letakkan sedikit air supaya daging cepat empuk. Kemudian masukkan semua bahan sos. Kacau hingga sebati.
4. Perisakan dengan garam, gula dan tauhu hancur. Kacau lagi dan dibiarkan sebentar supaya rasanya sebati.
5. Masukkan fishcake dan kacau lagi. Letakkan mee kuning yang sudah ditos dan kacau hingga semuanya sebati. Letakkan batang sawi dan kacau lagi.
6. Apabila semua sudah masak, masukkan daun sawi, tomato dan taugeh di saat akhir supaya sayur kekal rangup dan segar.
#meegoreng
#meegorengdaging
Ulasan
Catat Ulasan