Cucur Roti Lagi


Cucur Roti - Bread Fritters


Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu 🌹. Cucur roti kembali lagi ke dapur comelku. Memang sedap cuma kali ni rasa kurang kick sikit sebab guna roti yang sudah digelek. Memang tak berapa nak gebu lah jawabnya. Lebih garing berbanding cucur roti hari tu walaupun semuanya sama.




Resepi dari mamaqaireen.com

Bahan-bahan:

- 5 keping roti putih (potong dadu)
- 2 biji bawang merah (potong dadu)
- 1 biji cili merah (potong dadu)
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu besar tepung gandum ( ganti pakai tepung tepungserbaguna original )
- 2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus) - ( ganti kucai )
- Sedikit ikan bilis (ditumbuk) - ( ganti udang geragau )
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- Sedikit air

Cara - cara:

1. Gaul kesemua badan sehingga sebati. Last sekali baru masukkan air. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.

2. Panaskan minyak dan buat jemput-jemput bulat. Goreng dengan api sederhana sahaja sebab cucur cepat bertukar warna.

3. Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat. Siap.



#cucurroti


Ulasan

Catatan Popular